Connect with us

Terkini

Di Kelantan, orang Cina boleh minum arak di kedai, tiada sekatan ‘gelombang hijau’

Di Kelantan, orang Cina boleh minum arak di kedai tepi jalan, mana dia ‘gelombang hijau’ yang dilaungkan DAP itu, kata calon Gerakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah, Hng Chee Wey.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Di Kelantan, orang Cina boleh minum arak di kedai, tiada sekatan ‘gelombang hijau’
Foto: Penduduk Cina di kedai makan sekitar Kelantan.
  • Di Kelantan, orang Cina boleh minum arak di kedai tepi jalan, mana dia ‘gelombang hijau’ yang dilaungkan DAP itu, kata calon Gerakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah, Hng Chee Wey.
  • Chee Wey menafikan kehidupan penduduk bukan Islam di Kelantan dikawal ‘gelombang hijau’.
  • Beliau berkata masyarakat Cina telah dipengaruhi DAP yang memberi gambaran bahawa kehidupan mereka akan ‘dihijaukan’ dan berdepan pelbagai sekatan jika mengundi Perikatan Nasional (PN).
  • “Bagaimanapun, bulan lalu, Presiden Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong melawat Chinatown di Kelantan dan minum arak bersama ahli parti di sebuah medan selera tepi jalan, tiada sesiapa yang datang menghalang,” kata Chee Wey dipetik China Press ketika melawat Pangsapuri Taman Teguh di Tanjung Tokong di Pulau Pinang pada 1 Ogos lalu.
  • Mengenai isu larangan judi, Chee Wey berkata tiada agama menganjurkan penganutnya berjudi.

Di Kelantan, orang Cina boleh minum arak di kedai tepi jalan, mana dia ‘gelombang hijau’ yang dilaungkan DAP itu, kata calon Gerakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah, Hng Chee Wey.

Chee Wey menafikan kehidupan penduduk bukan Islam di Kelantan dikawal ‘gelombang hijau’.

Beliau berkata masyarakat Cina telah dipengaruhi DAP yang memberi gambaran bahawa kehidupan mereka akan ‘dihijaukan’ dan berdepan pelbagai sekatan jika mengundi Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ternyata DAP yang kini membentuk kerajaan gabungan di peringkat persekutuan hanyalah menggunakan ancaman ‘gelombang hijau’ untuk menakutkan masyarakat bukan Islam.

“Bagaimanapun, bulan lalu, Presiden Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong melawat Chinatown di Kelantan dan minum arak bersama ahli parti di sebuah medan selera tepi jalan, tiada sesiapa yang datang menghalang,” kata Chee Wey dipetik China Press ketika melawat Pangsapuri Taman Teguh di Tanjung Tokong di Pulau Pinang pada 1 Ogos lalu.

Beliau menasihatkan pengundi supaya tidak mempercayai apa yang dikatakan ahli politik dan mereka harus melakukan lebih banyak penyelidikan dalam zaman teknologi canggih ini.

Mengenai isu larangan judi, Chee Wey berkata tiada agama menganjurkan penganutnya berjudi.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sekarang bukan diterajui PN tetapi pelaksanaan dasar mereka adalah lebih tegas.

“Contoh cabutan khas nombor ramalan sewaktu pentadbiran PN mencecah 22 kali cabutan, tetapi selepas pentadbiran Pakatan Harapan, ia terus berkurangan kepada lapan. Jangan sandarkan semua perkara yang rakyat tidak suka kepada PN.

“Sejujurnya, kerajaan sekarang terlalu kuat dan suara rakyat akan diabaikan secara selektif, tetapi kita boleh melakukan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri,” kata calon PN/Gerakan itu.

Sumber: China Press

Author