Terkini
PAS gesa penyelewengan GISBH dibanteras hingga ke akar umbi
PAS menggesa penyelewengan dilakukan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dibanteras hingga ke akar umbi supaya ia tidak berulang pada masa hadapan.
- Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata jika ia tidak dilakukan negara ini akan berdepan dengan drama dan modus operandi sama beberapa tahun lagi.
- “Ini bukanlah kali pertama… Kita telah menyaksikan episod yang melibatkan Darul Arqam beberapa puluh tahun yang lalu, diikuti dengan Pertubuhan Rufaqa’ yang membawa modus operandi yang sama.
- “Kini, ia berulang lagi dengan GIHB (GISBH). Cerita mengenai Yaqazah dan Pemuda Bani Tamim juga muncul, diakhiri dengan persediaan menunggu kedatangan Imam Mahdi.
- “…Mengapa agensi pihak berkuasa agama terlepas daripada memantau gerakan ini begitu lama? Mengapa mereka berjaya mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh, termasuk Perdana Menteri?
- “Secara logiknya, Perdana Menteri tidak mungkin mengetahui secara terperinci mengenai tetamu-tetamu yang berjumpa dengannya; inilah tugas pegawai yang berada di sekeliling pemimpin-pemimpin, termasuk agensi agama yang sepatutnya sudah mempunyai maklumat sejak lama,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
- Siasatan PDRM mendapati ahli GISBH masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah, iaitu amalan ahli kumpulan Al-Arqam yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
- Ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini.
KUALA LUMPUR —- PAS menggesa penyelewengan dilakukan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dibanteras hingga ke akar umbi supaya ia tidak berulang pada masa hadapan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata proses pemulihan juga hendaklah dilaksanakan sehingga ke peringkat menyediakan peluang hidup kedua untuk generasi baru yang sudah dibentuk sejak lahir oleh gerakan itu.
Beliau berkata jika ia tidak dilakukan, negara ini akan berdepan dengan drama dan modus operandi sama beberapa tahun lagi.
“Ini bukanlah kali pertama… Kita telah menyaksikan episod yang melibatkan Darul Arqam beberapa puluh tahun yang lalu, diikuti dengan Pertubuhan Rufaqa’ yang membawa modus operandi yang sama.
“Kini, ia berulang lagi dengan GIHB (GISBH). Cerita mengenai Yaqazah dan Pemuda Bani Tamim juga muncul, diakhiri dengan persediaan menunggu kedatangan Imam Mahdi.
“…Mengapa agensi pihak berkuasa agama terlepas daripada memantau gerakan ini begitu lama? Mengapa mereka berjaya mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh, termasuk Perdana Menteri?
“Secara logiknya, Perdana Menteri tidak mungkin mengetahui secara terperinci mengenai tetamu-tetamu yang berjumpa dengannya; inilah tugas pegawai yang berada di sekeliling pemimpin-pemimpin, termasuk agensi agama yang sepatutnya sudah mempunyai maklumat sejak lama,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, jika menteri dan Perdana Menteri sendiri menerima kunjungan mereka dengan penuh hormat, dibimbangi ada sesuatu yang tidak kena dalam proses pemantauan pihak berkuasa agama.
Beliau berkata perkara itu perlu diteliti dan disiasat tanpa mengambil kira pandangan politik partisan.
“Mengapa mereka boleh berkembang sedemikian rupa, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia dengan kaedah perhambaan moden yang tidak boleh dimaafkan? Kenapa baru hari ini ia menjadi isu yang meletus?
“Dari sudut penyelewengan akidah, kali ini kita perlu sampai ke akar umbi. Kita tidak mahu lagi tertipu untuk kali keempat, kelima, atau keenam, sehingga entah berapa kali lagi,” katanya.
Dalam serbuan pada 11 Sept lalu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan berusia antara satu hingga 17 tahun, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi Op Global.
Hasil serbuan juga mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian dan penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal terlibat dan susulan itu 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita.
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISBH masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah, iaitu amalan ahli kumpulan Al-Arqam yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
Ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata semua buku dan risalah dirampas dalam Op Global mempunyai kaitan dengan pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, organisasi yang difatwakan sesat pada 1994.
Selain itu, katanya siasatan polis terhadap GISBH kini menjurus kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan akan menggunakan seluruh peruntukan serta undang-undang sedia ada, termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
“Ketika Al-Arqam diharamkan, kita tidak mempunyai undang-undang seperti ini dan membuatkan bekas-bekas ahli Al-Arqam menubuhkan GISBH dan bergerak sebagai sebuah syarikat kini kami mahu ia ditamatkan sepenuhnya, oleh itu segala tindakan kami perlu dijalankan dengan berhati-hati,” katanya dipetik BERNAMA pada Isnin. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina