Terkini
Pelancong tidak datang bukan kerana tiada papan tanda Mandarin
- Pelancong kurang tertarik berkunjung ke Malaysia bukan kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin, sebaliknya promosi pelancongan dilakukan tidak rancak.
- Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata perkara itu juga disebabkan produk pelancongan tempatan tidak semeriah negara lain dan kemudahan untuk pelancongan yang tidak bersepadu.
- “Pelancong tak datang sebab promosi tak rancak… Produk pelancongan tidak semeriah di negara-negara lain… Kemudahan untuk pelancongan kita tidak bersepadu (integrated).
- “Tiada apps serbaguna buatan Malaysia yang boleh membantu mereka mendapatkan info bersepadu, memudahkan perjalanan dan memudahkan urusan pembayaran secara terangkum.
- “BUKAN kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin ya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik poster daripada Berita Keluar Sekejap yang memaparkan tajuk, “Malaysia dilabel perkauman? Tindakan DBKL jejas imej negara — Tiong”.
KUALA LUMPUR — Pelancong kurang tertarik berkunjung ke Malaysia bukan kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin, sebaliknya promosi pelancongan dilakukan tidak rancak.
Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata perkara itu juga disebabkan produk pelancongan tempatan tidak semeriah negara lain dan kemudahan untuk pelancongan yang tidak bersepadu.
“Pelancong tak datang sebab promosi tak rancak… Produk pelancongan tidak semeriah di negara-negara lain… Kemudahan untuk pelancongan kita tidak bersepadu (integrated).
“Tiada apps serbaguna buatan Malaysia yang boleh membantu mereka mendapatkan info bersepadu, memudahkan perjalanan dan memudahkan urusan pembayaran secara terangkum.
“BUKAN kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin ya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik poster daripada Berita Keluar Sekejap yang memaparkan tajuk, “Malaysia dilabel perkauman? Tindakan DBKL jejas imej negara — Tiong”.
Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menerusi hantaran di Facebook menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.
King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tingkah laku disifatkan sebagai melampau itu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia, tetapi beberapa pelawat antarabangsa turut bertanyakan kepada beliau sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.
Beliau berkata perkara itu secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.
Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilapor melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di ibu negara.
Mengulas lanjut, Maszlee yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata Bangkok, Paris, Moscow, Bali dan London tiada papan tanda tulisan Mandarin, tetapi kebanjiran pelancong di bandar itu jauh melebihi dari Malaysia.
“Harap YBM (King Sing) dapat kemukakan Kad Laporan pencapaian beliau sempena 2 tahun menjadi Menteri Kerajaan Perpaduan.. Biarkan rakyat menilai,” katanya. — The Merdeka Times