Terkini
Isu lawat rumah ibadat: Pas Selangor tuntut akhbar bahasa Inggeris mohon maaf
Pas menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.
- Pas menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.
- Ia susulan penerbitan artikel yang dikatakan bercanggah dengan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bertarikh 26 Mac 2023 lalu.
- “Artikel bertajuk ‘Pas goes against Selangor Sultan saying Muslims can’t visit churches temples’ yang diterbitkan oleh NST itu dianggap fitnah selepas pihaknya secara jelas telah menyatakan bahawa menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat Islam untuk melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara bagi maksud mempelajari kepercayaan lain.
- “PAS Selangor di dalam kenyataan media tersebut sama sekali tidak menyebut larangan terhadap orang Islam untuk melawat gereja atau kuil selain bagi maksud mempelajari agama dan kepercayaan lain.
KUALA LUMPUR : Pas menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.
Ia susulan penerbitan artikel yang dikatakan bercanggah dengan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bertarikh 26 Mac 2023 lalu.
“Artikel bertajuk ‘Pas goes against Selangor Sultan saying Muslims can’t visit churches temples’ yang diterbitkan oleh NST itu dianggap fitnah selepas pihaknya secara jelas telah menyatakan bahawa menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat Islam untuk melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara bagi maksud mempelajari kepercayaan lain.
“PAS Selangor di dalam kenyataan media tersebut sama sekali tidak menyebut larangan terhadap orang Islam untuk melawat gereja atau kuil selain bagi maksud mempelajari agama dan kepercayaan lain.
“Oleh itu PAS Selangor menegaskan laporan akhbar New Straits Times tersebut telah dibuat dengan niat tidak baik dengan tujuan untuk memburukkan imej dan nama baik Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang dan Ahli Parlimen Kuala Langat dan dengan tujuan untuk menjejaskan hubungan baik beliau dengan pihak Istana,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor.
Dalam pada itu, Pas menggesa permohonan maaf segera dilakukan dan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan tersebut gagal dipatuhi.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah, umat Islam dibenarkan melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka.
Dalam wawancara bersama akhbar The Star, baginda merujuk kepada tindakan Allahyarham datuk baginda Sultan Alam Shah menghadiri upacara menaiki takhta Ratu Elizabeth II pada 1953 yang diadakan di gereja Westminster Abbey di London.
Titah baginda lagi, kenyataan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini jelas bahawa umat Islam tidak dibenarkan melawat rumah ibadat untuk mempelajari tentang agama lain.
Sehubungan itu, titah baginda, undang-undang negeri dan persekutuan bagi melindungi agama Islam di Selangor adalah jelas dan perlu dihormati.
Sumber: Astro Awani