Connect with us

Terkini

Polis panggil Hannah Yeoh bantu siasatan program ‘Jom Ziarah Gereja’

Polis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Wartawan TMT

Published

on

Polis panggil Hannah Yeoh bantu siasatan program ‘Jom Ziarah Gereja’
Foto: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
  • Polis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
  • Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.
  • “Kita juga akan merakam keterangan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin), hari ini bagi membantu siasatan.”
  • “Kita sudah merakam keterangan tiga individu, yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil NGO bagi membantu siasatan.”
  • Setakat ini, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan, katanya pada sidang media selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.

“Kita juga akan merakam keterangan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin), hari ini bagi membantu siasatan.

“Kita sudah merakam keterangan tiga individu, yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil NGO bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, mengesahkan pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’.

Beliau berkata, walaupun program itu sudah dibatalkan, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung program berkenaan.

Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023, bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan, program ‘Jom Ziarah Gereja’, yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu, tidak membabitkan individu beragama Islam.

Beliau dilaporkan berkata, program itu juga bukan bertujuan memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.

Program itu adalah satu inisiatif bawah ‘Projek Artikel 11’ diterajui Impact Malaysia, iaitu NGO yang bernaung di bawah KBS.

Inisiatif program itu dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.

Program yang dijadualkan berlangsung di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, bagaimanapun dibatalkan oleh pihak penganjur.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending