Connect with us

Terkini

Fitnah boleh berlaku jika masuk rumah ibadah agama lain tanpa tahu adab – Sheikh Hussain Yee

Menziarahi rumah ibadah agama lain boleh menimbulkan fitnah jika tidak mengetahui adabnya.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Fitnah boleh berlaku jika masuk rumah ibadah agama lain tanpa tahu adab – Sheikh Hussain Yee
Foto: Tan Sri Lee Kim Yew (kiri), Dato’ Sheikh Hussain Yee (dua dari kanan).
  • Pendakwah, Dato’ Sheikh Hussain Yee berpendapat menziarahi rumah ibadah agama lain boleh menimbulkan fitnah jika tidak mengetahui adabnya.
  • Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Kedah dan Mufti Pulau Pinang sebelum ini yang melarang perbuatan menziarahi rumah ibadah penganut agama lain tanpa kepentingan.
  • Terdahulu, agensi yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Impact Malaysia menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’, yang mempelawa belia bukan Kristian untuk menyertai program itu.

SERI KEMBANGAN Menziarahi rumah ibadah agama lain boleh menimbulkan fitnah jika tidak mengetahui adabnya.

Demikian pandangan pendakwah Dato’ Sheikh Hussain Yee ketika ditemui The Merdeka Times dalam majlis pelancaran Festival Orchid Ramadan Raya di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan semalam.

Beliau juga menghormati pendirian Mufti Kedah dan Mufti Pulau Pinang sebelum ini yang melarang perbuatan menziarahi rumah ibadah penganut agama lain tanpa kepentingan. 

“Itu pendirian pihak majlis (Mufti), mereka juga ada pendiriannya. Mereka rasa prevention is better than cure.

“Yang kita takut, akan timbul perkara negatif. Suatu perkara yang tak diingini akan berlaku. Kalau orang jahil masuk tempat-tempat dan dia tak tahu adab-adabnya, boleh menimbulkan fitnah,” katanya.

Presiden Yayasan Al Khaadem itu juga turut menekankan kepentingan menjaga adab di rumah ibadah milik agama kita sendiri, apatah lagi milik agama lain.

“Orang kadang-kadang tak faham, kita orang Islam sangat menjaga. Tengok, kita masuk masjid kita pun tak boleh sembarangan. Sebelum duduk perlu solat tahiyatul masjid. Kita kena tahu adab di masjid”.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat ahli politik di negara ini perlu bijak dalam merangka pendekatan mereka terhadap sesuatu isu, lebih-lebih lagi apabila ianya menyentuh hal agama.

Baginya, perkara itu penting demi menjaga keharmonian diantara agama yang sudah terbina dalam negara.

“Keharmonian itu sudah wujud selama ini, sebab itu kitab oleh hidup sampai hari ini dengan aman tanpa masalah. Tapi bila ada approach yang kurang bijak dari ahli politik, akhirnya timbul ketakutan dan prasangka buruk.

“Walaupun mungkin tujuannya baik, kita tidak tahu. Tapi approach nya tak betul,” tambahnya.

Terdahulu, agensi yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Impact Malaysia menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’, yang mempelawa belia bukan Kristian untuk menyertai program itu.

Program itu bagaimanapun telah dibatalkan susulan kontroversi yang timbul.

Agensi itu juga pernah menganjurkan program serupa di Masjid pada 4 Mac lalu menyasarkan belia bukan Muslim dan di Gurdwara pada 11 Mac lalu menyasarkan belia bukan Sikh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending