Connect with us

Terkini

Kes Ebit Lew : Berlaku  ‘pertikaman lidah’ semasa pemeriksaan utama saksi kelapan

Pemeriksaan utama bagi saksi kelapan perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bertukar menjadi pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan.

Wartawan TMT

Published

on

Kes Ebit Lew : Berlaku ‘pertikaman lidah’ semasa pemeriksaan utama saksi kelapan
Foto: Pendakwah Terkenal, Ebit Lew.
  • Pemeriksaan utama bagi saksi kelapan perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bertukar menjadi pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan.
  • Pertikaman lidah bermula apabila pendakwaan ingin mengambil keterangan saksi kelapan iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mengenai laporan LGMS.
  • Pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bertanya mengenai kemungkinan untuk melakukan pemeriksaan utama mengenai laporan LGMS mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.
  • Peguam mewakili tertuduh, Ram Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan berpandangan, segala kandungan berkaitan cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan perlu dikaji terlebih dahulu.

TENOM: Pemeriksaan utama bagi saksi kelapan perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bertukar menjadi pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pertikaman lidah bermula apabila pendakwaan ingin mengambil keterangan saksi kelapan iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mengenai laporan LGMS.

Pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bertanya mengenai kemungkinan untuk melakukan pemeriksaan utama mengenai laporan LGMS mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Peguam mewakili tertuduh, Ram Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan berpandangan, segala kandungan berkaitan cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan perlu dikaji terlebih dahulu.

“Berikan kami tempoh untuk kaji DVD-R dan pemacu kilat dan segala yang berkaitan dengan IDD-2 kerana sumber membabitkan semua barang kes berkenaan diperoleh daripada LGMS, maka, pertanyaan mengenainya boleh dikemukakan pada perbicaraan berikutnya,” katanya di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurutnya lagi, IDD-2 iaitu laporan siasatan forensik digital disediakan oleh pakar daripada syarikat LGMS dan orang terbaik yang sepatutnya menjelaskan tentang IDD-2 adalah LGMS dan bukannya saksi kelapan.

LGMS adalah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber professional yang menganalisis data digital.

Advertisement

Malah, saksi kelapan juga bukan orang yang menjalankan mengekstrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM. Maka, tiada keperluan untuk saksi kelapan memberi keterangan mengenai laporan forensik tersebut.

Sebelum pemeriksaan utama bermula, Ram memberitahu mahkamah, sekiranya saksi kelapan menerangkan tentang analisis kandungan pemacu kilat yang akan dikemukakan sebagai bahan bukti maka, pembelaan memohon diberikan masa mencukupi untuk meneliti kandungan pemacu kilat berkenaan.

Ram turut memohon agar saksi memberikan salinan kandungan DVD-R dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan.

Kemudian Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menyatakan memandangkan soalan-soalan berikutnya terhadap saksi kelapan berkaitan dengan DVD-R dan pemacu kilat maka, saksi diminta untuk membuat penyerahan salinan kandungan kepada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Terdahulu, Chang Ching turut memberitahu kepada mahkamah beliau diberi arahan oleh pegawai penyiasat untuk menganalisis kandungan berunsur lucah yang berkaitan dengan kes tersebut.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Majistret Nur Asyraf Zolhani memutuskan bahawa perbicaraan itu tidak akan diteruskan dengan saksi kelapan sehingga masa yang mencukupi diberikan kepada pihak pembelaan untuk mengkaji kandungan pemacu kilat.

Advertisement

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di  daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah dan Zahida manakala, tertuduh diwakili Peguam Ram Singh dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending