Connect with us

Terkini

Tingkat pemahaman Islam dan Ramadan menerusi Orchid Ramadan Raya

Tingkatkan pemahaman mengenai Islam dan erti Ramadan sebenar menerusi Orchid Ramadan Raya.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Tingkat pemahaman Islam dan Ramadan menerusi Orkid Ramadan Raya
Foto: Pengasas Cheng Ho Multi Culture Education Trust, Tan Sri Lee Kim Yew.
  • Orchid Ramadan Raya dianjurkan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan sepanjang bulan puasa untuk meningkatkan pemahaman mengenai Islam dan erti Ramadan sebenar.
  • Program hasil kerjasama Yayasan Al Khaadem dan Cheng Ho Multi Culture Education Trust ini mengalu-alukan orang ramai dari berbilang agama dan latar belakang.
  •  “Walaupun saya bukan seorang Muslim, saya menghormati dan akan terus mempromosikan nilai-nilai murni Islam, kerana saya percaya bahawa Al-Quran adalah ubat terunggul dan Hadis adalah vitamin terbaik,” – Pengasas Cheng Ho Multi Culture Education Trust, Tan Sri Lee Kim Yew.
  • Orang Islam dan bukan Islam harus merasai erti sebenar Ramadan untuk muhasabah diri bersama,” – Presiden Yayasan Al Khaadem Dato’ Sheikh Hussain Yee.

SERI KEMBANGAN – Tingkatkan pemahaman mengenai Islam dan erti Ramadan sebenar menerusi Orchid Ramadan Raya.

Itu objektif utama program hasil kerjasama Yayasan Al Khaadem dan Cheng Ho Multi Culture Education Trust.

Pengasas Cheng Ho Multi Culture Education Trust, Tan Sri Lee Kim Yew berpendapat nilai-nilai Islam sebenar perlu dijelaskan agar dapat memperkukuh keharmonian pelbagai agama di negara ini.

“Walaupun saya bukan seorang Muslim, saya menghormati dan akan terus mempromosikan nilai-nilai murni Islam, kerana saya percaya bahawa Al-Quran adalah ubat terunggul dan Hadis adalah vitamin terbaik,” katanya dalam ucapan perasmian program tersebut di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan semalam.

Tambahnya, penganjuran program ini merupakan salah satu usahanya sebagai rakyat Malaysia untuk menghormati prinsip pertama dan kelima Rukun Negara, iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’, dan ‘Kesopanan Dan Kesusilaan’.

Inisiatif ini turut disambut baik oleh Yayasan Al Khaadem.

Presidennya Dato’ Sheikh Hussain Yee berkata, semua golongan perlu memahami erti sebenar bulan suci ini tanpa mengira latar belakang dan agama.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bangga di negara berbilang agama, kita harus menghormati akar umbi kita. Orang Islam dan bukan Islam harus merasai erti sebenar Ramadan untuk muhasabah diri bersama”.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah ketua agama dan perwakilan dari komuniti agama berbeza.

Antaranya, Daozhang Tan Hoe Chieow daripada Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, Ven Datuk K Sri Dhammaratana, dari Maha Vihara Buddha, Venerable Jue Cheng daripada Persatuan Fo Guang Shan, Sister Loh Pai Ling selaku Presiden Persatuan Mubaligh Buddha Malaysia; Reverend Archbishop Julian Leow Beng Kim dari Keuskupan Agung KL dan lain-lain.

Orkid Ramadan Raya yang dijadualkan berlangsung di Palace of the Golden Horses bermula 23 Mac hingga 21 April 2023 mengalu-alukan orang ramai dari berbilang agama dan latar belakang untuk berkumpul di acara ini demi memperkukuh kepelbagaian dan pengetahuan masyarakat yang harmoni.

Selain bufet Warisan Serantau untuk berbuka puasa, program itu juga akan diisi dengan pameran kesenian dan kebudayaan Islam menampilkan seni khat oleh artis Cina Muslim serta dan juga naskah Al Quran terpanjang di dunia. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending