Connect with us

Terkini

Kes Ebit Lew: 146 gambar tangkap layar dipercayai berunsur lucah

Laporan analisis sebuah lagi telefon bimbit yang diperiksa dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon itu.

Wartawan TMT

Published

on

Kes Ebit Lew: 146 gambar tangkap layar dipercayai berunsur lucah
Foto: Pendakwah terkenal, Ebit Lew.
  • Laporan analisis sebuah lagi telefon bimbit yang diperiksa dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon itu.
  • Kandungan itu diperoleh daripada sebuah telefon jenama iPhone yang dianalisis pada 20 Oktober 2021 oleh Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz.
  • Latifah yang juga saksi ketujuh kes itu berkata, hasil analisis yang dijalankan, sebanyak lapan gambar berkaitan dengan permohonan pegawai penyiasat iaitu bagi mengeluarkan data/maklumat/perbualan/ apa-apa berkaitan unsur seksual.
  • “Pemerhatian yang dijalankan terhadap hasil analisis mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon berkenaan. Ada lapan imej terkandung dalam CD tersebut,” katanya semasa memberi keterangan di Mahkamah Majistret semalam.
  • Sebanyak 146 gambar tangkap layar dipercayai berunsur lucah turut dikeluarkan daripada telefon bimbit berjenama Samsung tersebut.
  • Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom di antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

TENOM – Laporan analisis sebuah lagi telefon bimbit yang diperiksa dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon itu.

Kandungan itu diperoleh daripada sebuah telefon jenama iPhone yang dianalisis pada 20 Oktober 2021 oleh Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz.

Latifah yang juga saksi ketujuh kes itu berkata, hasil analisis yang dijalankan, sebanyak lapan gambar berkaitan dengan permohonan pegawai penyiasat iaitu bagi mengeluarkan data/maklumat/perbualan/ apa-apa berkaitan unsur seksual.

Hasil analisis kemudiannya disalin ke dalam sebuah cakera padat (CD) untuk diserahkan semula kepada Pegawai Penyiasat, Superintendan Noor Asyikin Shamsuri.

Latifah berkata, telefon bimbit serta laporan analisis itu kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat yang datang mengambil barang kes itu di Makmal Forensik PDRM pada 26 Oktober 2021.

“Pemerhatian yang dijalankan terhadap hasil analisis mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon berkenaan. Ada lapan imej terkandung dalam CD tersebut,” katanya semasa memberi keterangan di Mahkamah Majistret semalam.

Berdasarkan gambar yang dianalisis, kesemua lapan gambar dipercayai berunsur lucah atau seksual itu didapati daripada aplikasi WhatsApp yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp daripada telefon bimbit bertanda H6 iaitu telefon iPhone.

Advertisement

Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai imej atau gambar yang diubah suai atau dikacau ganggu, saksi ketujuh itu memberitahu mahkamah daripada lapan gambar dianalisis, satu gambar iaitu gambar kelapan telah ditambah pelekat (sticker) di bahagian atas gambar, manakala gambar lain tidak diubah suai.

Pada perbicaraan sebelah pagi semalam, Latifah memberitahu mahkamah bahawa dalam telefon yang dianalisis sebelum ini yang bertanda N1, sebanyak 936 gambar tangkap layar telah diperoleh.

Daripada jumlah itu, sebanyak 146 gambar tangkap layar dipercayai berunsur lucah turut dikeluarkan daripada telefon bimbit berjenama Samsung tersebut.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom di antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria, manakala Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. – KOSMO! ONLINE

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending