Connect with us

Terkini

Umat Islam perlu jaga adab ketika ziarah kubur – Menteri Agama

Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Wartawan TMT

Published

on

Umat Islam perlu jaga adab ketika ziarah kubur – Menteri Agama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Beliau berkata masyarakat sememangnya digalakkan dan diharuskan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian, namun, ada peraturan yang ditetapkan Islam yang perlu dipatuhi bagi mengelak tercetusnya kerisauan orang awam dan fitnah.
  • “Contohnya masa menziarahi kubur digalakkan mendoakan dan ucap salam kepada si mati, ini sebahagian daripada ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan kali kelapan, di sini semalam.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sebuah video tular di laman sosial baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang, sambil mengelilingi sebuah makam di sebuah Negeri Pantai Timur. 

PORT DICKSON –  Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata masyarakat sememangnya digalakkan dan diharuskan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian, namun, ada peraturan yang ditetapkan Islam yang perlu dipatuhi bagi mengelak tercetusnya kerisauan orang awam dan fitnah.

“Nak ziarah kubur sama juga macam kita menziarahi orang sakit, ada peraturan yang telah ditentukan dalam Islam.

“Contohnya masa menziarahi kubur digalakkan mendoakan dan ucap salam kepada si mati, ini sebahagian daripada ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan kali kelapan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sebuah video tular di laman sosial baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang, sambil mengelilingi sebuah makam di sebuah Negeri Pantai Timur. 

Katanya, Mufti Kerajaan Negeri terbabit selaku pihak yang bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan agama perlu menentukan dari segi hukum berkaitan amalan dilakukan di tanah perkuburan itu.

Selain itu, Mohd Na’im turut menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa dan guru untuk memainkan peranan bagi membendung perkara tidak bermoral terutama menerusi media sosial yang memberi pengaruh buruk terutama kepada golongan muda.

“Kita sendiri menempatkan beberapa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menapis dan menyekat sebarang video yang mungkin menyeleweng daripada landasan agama, selain memberikan nasihat berkaitan agama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya dalam pertimbangan menjadikan elaun guru KAFA sebagai gaji tetap, sekali gus membantu dan menjaga kebajikan mereka, namun ia bergantung kepada kewangan negara.

Mengenai Ihtifal KAFA anjuran JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan itu, beliau berkata program disertai 448 pelajar tersebut bertujuan mencungkil bakat sebagai dai dan pembimbing rakan sebaya dalam kalangan murid sekolah. – BERNAMA 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending