Connect with us

Terkini

Isu lawat rumah ibadat: Pas Selangor tuntut akhbar bahasa Inggeris mohon maaf

Pas menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.

Wartawan TMT

Published

on

Isu lawat rumah ibadat: Pas Selangor tuntut akhbar bahasa Inggeris mohon maaf
Foto: Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
  • Pas menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.
  • Ia susulan penerbitan artikel yang dikatakan bercanggah dengan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bertarikh 26 Mac 2023 lalu.
  • “Artikel bertajuk ‘Pas goes against Selangor Sultan saying Muslims can’t visit churches temples’ yang diterbitkan oleh NST itu dianggap fitnah selepas pihaknya secara jelas telah menyatakan bahawa menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat Islam untuk melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara bagi maksud mempelajari kepercayaan lain.
  • “PAS Selangor di dalam kenyataan media tersebut sama sekali tidak menyebut larangan terhadap orang Islam untuk melawat gereja atau kuil selain bagi maksud mempelajari agama dan kepercayaan lain.

KUALA LUMPUR : Pas menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ia susulan penerbitan artikel yang dikatakan bercanggah dengan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bertarikh 26 Mac 2023 lalu.

“Artikel bertajuk ‘Pas goes against Selangor Sultan saying Muslims can’t visit churches temples’ yang diterbitkan oleh NST itu dianggap fitnah selepas pihaknya secara jelas telah menyatakan bahawa menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat Islam untuk melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara bagi maksud mempelajari kepercayaan lain.

“PAS Selangor di dalam kenyataan media tersebut sama sekali tidak menyebut larangan terhadap orang Islam untuk melawat gereja atau kuil selain bagi maksud mempelajari agama dan kepercayaan lain.

“Oleh itu PAS Selangor menegaskan laporan akhbar New Straits Times tersebut telah dibuat dengan niat tidak baik dengan tujuan untuk memburukkan imej dan nama baik Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang dan Ahli Parlimen Kuala Langat dan dengan tujuan untuk menjejaskan hubungan baik beliau dengan pihak Istana,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Pas menggesa permohonan maaf segera dilakukan dan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan tersebut gagal dipatuhi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah, umat Islam dibenarkan melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka.

Dalam wawancara bersama akhbar The Star, baginda merujuk kepada tindakan Allahyarham datuk baginda Sultan Alam Shah menghadiri upacara menaiki takhta Ratu Elizabeth II pada 1953 yang diadakan di gereja Westminster Abbey di London.

Titah baginda lagi, kenyataan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini jelas bahawa umat Islam tidak dibenarkan melawat rumah ibadat untuk mempelajari tentang agama lain.

Sehubungan itu, titah baginda, undang-undang negeri dan persekutuan bagi melindungi agama Islam di Selangor adalah jelas dan perlu dihormati.

Sumber: Astro Awani

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending