Connect with us

Terkini

Kes Ebit Lew: Perbicaraan ditangguh lagi, pembelaan kekal bantah saksi ketujuh dipanggil

Mahkamah hari ini memutuskan kes gangguan seksual Ebit Lew ditangguhkan ke bulan Mei dan Jun bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi berkenaan bantahan memanggil Inspektor Yip Chang Ching sebagai saksi ketujuh dalam kes ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Kes Ebit Lew: Perbicaraan ditangguh lagi, pembelaan kekal bantah saksi ketujuh dipanggil
Foto: Ebit Lew
  • Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew ditangguhkan ke bulan Mei dan Jun.
  • Majistret Nor Asyraf Zolhani memutuskan demikian bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi berkenaan bantahan memanggil Inspektor Yip Chang Ching sebagai saksi ketujuh dalam kes ini.
  • Inspektor Yip merupakan penganalisis forensik mengendalikan bahan bukti kes, iaitu pendrive mengandungi 90 gambar berunsur lucah yang diekstrak dari telefon bimbit tertuduh, dikatakan tidak boleh memberi keterangan kepada mahkamah selagi keputusan Mahkamah Tinggi belum dikemukakan.
  • Perbicaraan hari ini ditangguhkan pada jam 11.57 pagi, dan tiada sesi perbicaraan akan berlangsung esok.

 

TENOM – Mahkamah hari ini memutuskan kes gangguan seksual Ebit Lew ditangguhkan ke bulan Mei dan Jun bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi berkenaan bantahan memanggil Inspektor Yip Chang Ching sebagai saksi ketujuh dalam kes ini.

Majistret Nor Asyraf Zolhani menerangkan yang pihak pembelaan berhak mendapatkan tempoh yang sewajarnya untuk meneliti bahan bukti serta saksi yang terkait dengannya.

Maka untuk keadilan semua pihak, Majistret membenarkan perbicaraan diteruskan tetapi hanya selepas selesai penelitian dari Mahkamah Tinggi.

Inspektor Yip yang merupakan penganalisis forensik mengendalikan bahan bukti kes, iaitu pendrive mengandungi 90 gambar berunsur lucah yang diekstrak dari telefon bimbit tertuduh, dikatakan tidak boleh memberi keterangan kepada mahkamah selagi keputusan penelitian itu belum dikemukakan.

Tarikh penelitian keputusan rayuan ditetapkan pada 2 Mac depan, di mana pihak pembelaan perlu mengemukakan keputusan tersebut menerusi e-mel sebelum jam 2 petang.

Tarikh perbicaraan seterusnya pula ditetapkan pada 11 dan 12 Mei depan, serta 20 hingga 23 Jun depan.

Perbicaraan hari ini ditangguhkan pada jam 11.57 pagi, dan tiada sesi perbicaraan akan berlangsung esok.

Terdahulu, Majistret memutuskan yang saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching perlu menjalani perbicaraan seperti biasa, manakala permohonan perbicaraan tertutup bagi mangsa pula perlu dikemukakan semula oleh pihak pendakwaan sebelum sesi perbicaraan seterusnya.

Pihak pendakwaan mengemukan permohonan itu kepada mahkamah pada jam 4.58 petang semalam.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew dijadualkan disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula 7 Februari sehingga 10 Februari. – The Merdeka Times

Author