Connect with us

Terkini

LGBT: “Di Malaysia tiada mak nyah dibunuh kerana benci,” – Pensyarah

“Dari segi undang-undang ingin saya maklumkan bahawa kita ada Undang-Undang Syariah yang bersifat mengawal dan mendidik orang ramai dari mengambil tindakan sendiri.”

Wartawan TMT

Published

on

mak nyah di malaysia hidup aman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kita ada Undang-Undang Syariah yang bersifat mengawal dan mendidik orang ramai dari mengambil tindakan sendiri.”
  • “Human Right Watch (HRW) patut lihat di Malaysia tidak ada mak nyah yang dibunuh kerana benci (hate crime) berbanding negara luar.” – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
  • Data dikeluarkan satu projek penyelidikan Transrespect versus Transphobia Worldwide (TvT) dikemaskini sempena Hari Peringatan Trans 2021 menunjukkan 375 pembunuhan orang transgender pelbagai jantina dilaporkan berlaku di banyak negara Eropah antara 1 Okt 2020 – 30 Sept 2021.
  • Brazil kekal negara dilaporkan majoriti pembunuhan (125), diikuti Mexico (65) dan Amerika Syarikat (53). 
  • Data juga menunjukkan, 4042 orang trans pelbagai jantina dilaporkan dibunuh antara 1 Jan 2008 dan 30 Sept 2021.
  • Justeru, tiada keperluan bagi HRW dan sekutunya desak Malaysia hapuskan undang-undang kita kerana negara-negara luar yang tiada Undang-Undang Syariah lebih banyak kes ‘hate crime’ melibatkan mak nyah.
  • Data ini menunjukkan rata-rata transgender dibunuh kerana jenayah benci (hate crime) dan kebanyakkan dilaporkan berlaku di Amerika Latin, Brazil dan Argentina.

KUALA LUMPUR – “Dari segi undang-undang ingin saya maklumkan bahawa kita ada Undang-Undang Syariah yang bersifat mengawal dan mendidik orang ramai dari mengambil tindakan sendiri.”

“Human Right Watch (HRW) ini patut lihat bahawa di Malaysia tidak ada mak nyah yang dibunuh kerana benci (hate crime) berbanding di negara luar,” tegas Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, dipetik Samudera pada Isnin.

Menurutnya, mengikut data dikeluarkan satu projek penyelidikan Transrespect versus Transphobia Worldwide (TvT) yang dikemaskini sempena Hari Peringatan Trans 2021 menunjukkan sejumlah 375 pembunuhan orang transgender pelbagai jantina dilaporkan telah berlaku di banyak negara Eropah antara 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2021.

Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, menerusi data itu, Brazil kekal sebagai negara yang melaporkan majoriti pembunuhan (125), diikuti Mexico (65) dan Amerika Syarikat (53). Data juga menunjukkan bahawa sejumlah 4042 orang trans pelbagai jantina dilaporkan telah dibunuh antara 1 Januari 2008 dan 30 September 2021.

Jelasnya, daripada jumlah kes itu 96% daripada mereka yang dibunuh di seluruh dunia adalah wanita trans atau transfeminine. Manakala pekerjaan 58% daripada orang trans yang dibunuh diketahui adalah pekerja seks.

Tambah beliau, menerusi data berkenaan dilaporkan juga terdapat pembunuhan orang trans di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda daripada tahun lepas iaitu 89% di mana dicatatkan berlaku pembunuhan tertinggi setakat ini dan daripada 53 orang trans yang dibunuh 43% daripada yang dibunuh di benua Eropah itu adalah pendatang.

Manakala, 70% daripada semua pembunuhan yang didaftarkan berlaku di Amerika Tengah dan Selatan dan 33% berlaku di Brazil.

Catatan data lokasi kejadian menunjukkan 36% daripada pembunuhan berlaku di jalanan dan 24% di kediaman mereka sendiri dengan purata umur mereka yang dibunuh ialah 30 tahun dan yang paling muda berumur 13 tahun manakala yang paling tua 68 tahun.

Selain itu, terdapat juga kes-kes dari Greece, Kazakhstan, dan Malawi yang dilaporkan terjadi buat kali pertama.

Jelas Dr Rafidah, jika kita lihat data yang dikeluarkan sendiri oleh mereka menunjukkan rata-rata transgender ini dibunuh kerana jenayah benci (hate crime) dan jelas telah dilaporkan banyak berlaku di Amerika Latin, Brazil dan Argentina. Pertama, di Brazil umpamanya banyak transgender dibunuh kerana ‘hate crime’ dan nombor dua di US.

Bagaimanapun, jika diperhatikan di Malaysia langsung tidak ada kes yang dilaporkan seumpama itu terjadi.

Maka, sudah sepatutnya HRW ini melihat ke negara-negara yang tidak ada Undang-Undang Syariah ini dan mempersoalkan serta mengkaji kenapa di sana lebih tinggi pembunuhan mak nyah akibat benci?

Dr Rafidah berkata, tidakkah mereka tertanya-tanya mengapa negara kita yang ada Undang-Undang Syariah ini tidak ada kes-kes kejam sedemikian.

Ujarnya, ini disebabkan hukuman-hukuman Syariah ini masih lagi bersifat mendidik dan menjadi saluran supaya orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri kerana mempercayai penguat kuasa agama dan merasa tenteram di sini.

Perkara ini sekali gus menolak dakwaan tidak masuk akal  dari kenyataan dangkal tidak bertanggungjawab dan berat sebelah Pengasas bersama Justice for Sisters, Thilaga Sulathireh yang turut mendakwa bahawa program anti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang disokong oleh pihak Kerajaan boleh membuatkan golongan ini mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Sedangkan, program-program kesedaran anjuran Kerajaan yang didakwa mereka melanggar hak asasi manusia sehingga dikatakan akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai itulah yang patut disokong oleh Hak Asasi Manusia, bukan menafikannya kerana telah terbukti ia lebih banyak membawa kepada kebaikan sejagat.

Tambah beliau, cuba kita bayangkan, kalaulah tidak ada undang-undang sedemikian sudah tentu akan ada kemungkinan pihak yang berani mengambil tindakan sendiri, tetapi itu tidak berlaku di Malaysia kerana Undang-Undang Syariah itu sendiri bersifat mengawal dan mendidik orang ramai dari mengambil tindakan sendiri.

Maka di sini, tidak ada keperluan pun bagi HRW dan sekutunya untuk mendesak Malaysia menghapuskan undang-undang kita kerana negara-negara luar yang tidak ada Undang-Undang Syariah lebih banyak kes ‘hate crime’ melibatkan mak nyah daripada negara kita.

“Jenayah di luar negara itu yang sepatutnya mereka khawatirkan dan dahulukan untuk dipersoal atau diubah jika mereka benar-benar memperjuangkan Hak Asasi Manusia yang sebenar,” ujarnya.

Sumber : Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending