Antarabangsa
Dilanda banjir buruk, Mahkamah Pakistan benar Imran Khan buat ‘LIVE’ rayu bantuan
Mahkamah Pakistan pada Isnin lalu menarik balik larangan siaran langsung ucapan Imran Khan kerana bekas Perdana Menteri itu dijadual merayu bantuan antarabangsa bagi banjir terburuk di negara itu.

- Mahkamah Pakistan pada Isnin lalu menarik balik larangan siaran langsung ucapan Imran Khan kerana bekas Perdana Menteri itu dijadual merayu bantuan antarabangsa bagi banjir terburuk di negara itu.
- Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Islamabad, Athar Minallah menggantung perintah larangan itu yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra).
- Pakistan dilanda banjir monsun teruk yang meragut lebih 1,033 nyawa dan menjejaskan lebih 30 juta rakyat Pakistan dengan beberapa wilayahnya, diisytiharkan darurat.
ISLAMABAD – Mahkamah Pakistan pada Isnin lalu menarik balik larangan siaran langsung ucapan Imran Khan kerana bekas Perdana Menteri itu dijadual merayu bantuan antarabangsa bagi banjir terburuk di negara itu.
Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Islamabad, Athar Minallah berkata larangan ke atas bekas perdana menteri itu menunjukkan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra) bertindak “di luar bidang kuasanya”.
Hakim Minallah menggantung perintah Pemra dan menangguhkan perbicaraan kepada 5 September depan, demikian laporan Dawn dipetik agensi berita Anadolu.
Terdahulu, peguambela Khan, Faisal Hussain Chaudhry memaklumkan kepada mahkamah bahawa bekas perdana menteri itu dijadual mengadakan program amal mengumpul sumbangan untuk mangsa banjir dan dijangka mengumpul jumlah yang banyak pada malam ini.
Minggu lalu, badan pemerhati kawal selia media negara itu melarang siaran langsung ucapan Khan kerana beliau didakwa melemparkan tuduhan dan ancaman tidak berasas terhadap institusi negara dan pegawai kerajaan.
Tindakan itu dibuat beberapa jam selepas ucapan provokasi Khan pada perjumpaan bantahan di Islamabad, di mana dia mengancam pegawai polis dan seorang hakim wanita yang menurutnya bertanggungjawab ke atas dakwaan penyiksaan seorang pembantu rapatnya dalam tahanan polis.
Penasihat Khan, Shahbaz Gill, yang lebih dikenali sebagai “ketua kakitangan,” kini sedang dibicarakan kerana didakwa menghasut pemberontakan dalam angkatan tentera.
Parti bekas perdana menteri itu, Tehreek-e-Insaf Pakistan, yang mengetuai bantahan di seluruh negara terhadap penahanan Gill, menuduh polis “mendera” orang kanan Khan itu bagi mendapatkan kenyataan menentang bekas perdana menteri Pakistan itu, tuduhan yang dinafikan pihak kerajaan dan polis.
Pakistan dilanda banjir monsun teruk yang meragut lebih 1,033 nyawa dan menjejaskan lebih 30 juta rakyat Pakistan dengan beberapa wilayahnya, diisytiharkan darurat.
Sumber: Anadolu Agency
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China