Connect with us

Antarabangsa

Dalam empat jam, banjir tenggelamkan sebuah kampung dekat Ranipur, Pakistan

Empat jam sahaja masa yang diambil bagi perkampungan kecil tempat tinggal seorang petani, Altaf Hussain, untuk tenggelam sepenuhnya dalam musibah banjir dahsyat melanda Pakistan. 

Wartawan TMT

Published

on

Dalam empat jam, banjir tenggelamkan sebuah kampung dekat Ranipur, Pakistan
  • Sebuah perkampungan kecil tempat tinggal seorang petani, Altaf Hussain, tenggelam dalam masa empat jam selepas dilanda banjir minggu lalu.
  • Banjir teruk itu turut menghanyutkan atau merosakkan 500 rumah di kampung itu selain menghanyutkan ternakan dan tanaman.
  • “Kejadian banjir yang melanda kampung kami berlaku tengah malam. Sebaik terjaga dari tidur, saya terus menjangkakan ada sesuatu yang tidak diingini berlaku memandangkan hujan berlarutan selama 30 jam,” katanya Altaf Hussain yang masih trauma.

KARACHI – Empat jam sahaja masa yang diambil bagi perkampungan kecil tempat tinggal seorang petani, Altaf Hussain, untuk tenggelam sepenuhnya dalam musibah banjir dahsyat melanda Pakistan. 

Kampung yang berhampiran bandar bersejarah Ranipur di wilayah Sindh selatan Pakistan itu dilanda banjir teruk minggu lalu sehingga menghanyutkan berpuluh-puluh rumah, haiwan dan tanaman.

Hussain dari Kampung Dur Mohammad Langrija Goth, ditempatkan di sebuah sekolah kerajaan yang kini dijadikan tempat perlindungan sementara di bandar pelabuhan Karachi, namun dia masih dihantui pengalaman pahit dihadapinya.

“Kejadian banjir yang melanda kampung kami berlaku tengah malam. Sebaik terjaga dari tidur, saya terus menjangkakan ada sesuatu yang tidak diingini berlaku memandangkan hujan berlarutan selama 30 jam,” katanya kepada agensi berita Anadolu.

Akibat hujan yang berpanjangan, sungai dan laluan air buatan yang berhampiran Thari Mirwah (bandar di Pakistan) melimpah dan membanjiri seluruh Ranipur yang terletak kira-kira 420 kilometer dari Karachi. 

Keadaan ini memaksa penduduk yang cemas meninggalkan rumah mereka bagi mencari kawasan lebih selamat.

“Saya mengambil masa dalam beberapa saat untuk menyedari apa yang sedang berlaku pada ketika itu melalui bunyi jeritan dan teriakan kuat (dari rumah bersebelahan). Saya kejutkan anak-anak (saya) dan yang lain, lantas menyuruh mereka bergegas ke atas bumbung,” kata Hussain.

“Ia merupakan pengalaman yang amat ngeri buat kami. Kami hampir tidak nampak apa-apa dari atas bumbung biarpun dengan menggunakan lampu suluh dan cahaya telefon bimbit semasa kampung kami ditenggelami banjir,” katanya.

Pada mulanya, Hussain menyangka dia dan keluarganya dapat bertahan di atas bumbung.

Namun dalam beberapa jam dia terpaksa mengubah rancangannya apabila air banjir mula naik pada kadar membimbangkan.

Tentera operasi penyelamat tiba tepat pada masanya lalu membantu penduduk kampung yang terdampar, termasuk 20 ahli keluarga Hussain, ke tempat selamat. 

Beberapa jam kemudian, tiba arus deras yang menghanyutkan dan merosakkan 500 rumah di kawasan terbabit.

“Tiada apa lagi yang tinggal di sana. Semua rumah dan tanaman, musnah,” kata Hussain sambil menahan air matanya.

Keluarga Hussain terpaksa bertahan di kawasan hentian sementara yang dibawa bot tentera selama dua malam tanpa perlindungan serta makanan. Sebuah trak kargo akhirnya memindahkan mereka semua di kem perlindungan sementara, tempat mereka berlindung sekarang.

Sumber: Anadolu Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending