Connect with us

Antarabangsa

1.1 juta rumah rosak, PBB rayu bantuan antarabangsa untuk Pakistan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada Selasa berkata, beliau akan merayu lebih banyak sokongan daripada masyarakat antarabangsa untuk membantu Pakistan yang dilanda banjir buruk, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

1.1 juta rumah rosak, PBB rayu bantuan antarabangsa untuk Pakistan
Foto: Pakistan menghadapi banjir buruk.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres merayu sokongan bantuan antarabangsa yang lebih banyak untuk Pakistan.
  • Lebih 1,300 orang terkorban manakala lebih 12,700 cedera akibat banjir.
  • Bencana itu turut merosakkan jalan raya dan jambatan manakala lebih 1.1 juta kediaman rosak serta kira-kira 560,000 rumah musnah.
  • Lebih 630,000 orang tinggal di kem sementara di seluruh Pakistan, kebanyakannya di wilayah Sindh.

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada Selasa berkata, beliau akan merayu lebih banyak sokongan daripada masyarakat antarabangsa untuk membantu Pakistan yang dilanda banjir buruk, lapor Xinhua.

“Esok saya akan berlepas ke Pakistan sebagai tanda bersolidariti dengan rakyatnya dan merayu sokongan masyarakat antarabangsa, selepas kita menyaksikan negara ini dilanda banjir buruk,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PBB di New York sebelum menghadiri mesyuarat mengenai situasi terkini di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Beliau berkata, isu perubahan iklim juga perlu diberi perhatian ketika tumpuan lebih menjurus kepada konflik di Ukraine.

Orang ramai cenderung lupa bahawa terdapat satu lagi perang – perang yang kita lancarkan terhadap alam semula jadi, dan alam semula jadi kini melancarkan serangan balas, dan perubahan iklim menyebabkan kemusnahan planet kita.

“Pakistan, Chad, dan Afrika, mengalami kebuluran akibat kemarau. Semua hal ini memberi ancaman besar kepada kita semua,” katanya.

Sementara itu jurucakap Guterres, Stephane Dujarric berkata, PBB dan rakan kongsinya telah menghantar bantuan makanan atau kewangan kepada sekurang-kurangnya 336,000 orang yang terjejas akibat banjir di wilayah Balochistan, Pakistan.

“Pengagihan sedang dilakukan untuk 117,000 orang di wilayah Sindh. Selain itu, kami telah menyediakan 32 tan metrik bekalan kecemasan untuk menyokong keperluan kanak-kanak dan wanita, termasuk ubat-ubatan dan bekalan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, tiga penerbangan pertama telah tiba semalam dan penerbangan selebihnya dijadualkan berlepas dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menurut kerajaan Pakistan, lebih 1,300 orang terkorban manakala lebih 12,700 cedera akibat banjir.

Bencana itu turut merosakkan jalan raya dan jambatan manakala lebih 1.1 juta kediaman rosak serta kira-kira 560,000 rumah musnah.

Setakat ini, lebih 630,000 orang tinggal di kem sementara di seluruh Pakistan, kebanyakannya di wilayah Sindh. 

Sumber:  Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending