Antarabangsa
Banjir Pakistan : Kerosakan lebih USD30 bilion, dijangka surut enam bulan lagi
Pihak berkuasa Pakistan mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan terjejas teruk akan mengambil masa hingga enam bulan untuk surut ketika kebimbangan mengenai ancaman penyakit bawaan air seperti taun dan denggi meningkat.

- Pihak berkuasa Pakistan mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan terjejas teruk akan mengambil masa hingga enam bulan untuk surut.
- Kebimbangan mengenai ancaman penyakit bawaan air seperti taun dan denggi meningkat.
- Banjir dahsyat di Pakistan setakat ini mengorbankan lebih 1,400 nyawa, menjejaskan 33 juta individu, menghanyutkan rumah, jalan raya, jalan kereta api, ternakan dan tanaman.
- Kerosakan kini dianggarkan lebih USD30 bilion iaitu tiga kali ganda daripada anggaran awal sekitar USD10 bilion.
- Peningkatan air banjir kekal berisiko terutama di kawasan terjejas teruk di sepanjang Sungai Indus di wilayah Sindh, malah ramalan meteorologi menunjukkan hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang September.
ISLAMABAD, PAKISTAN – Pihak berkuasa Pakistan mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan terjejas teruk akan mengambil masa hingga enam bulan untuk surut ketika kebimbangan mengenai ancaman penyakit bawaan air seperti taun dan denggi meningkat.
Banjir dahsyat disebabkan hujan monsun dan glasier (bongkah ais) cair di kawasan pegunungan utara Pakistan setakat ini mengorbankan lebih 1,400 nyawa, menjejaskan 33 juta individu, menghanyutkan rumah, jalan raya, jalan kereta api, ternakan dan tanaman.
Kerosakan kini dianggarkan lebih USD30 bilion iaitu tiga kali ganda daripada anggaran awal sekitar USD10 bilion.
“Karachi sedang mengalami penularan wabak denggi dengan ratusan dan ribuan pesakit direkodkan setiap hari di hospital kerajaan dan swasta. Kes denggi tahun ini adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.
“Dengan 584,246 individu di kem penempatan sementara di seluruh negara, krisis kesihatan boleh membawa malapetaka jika tidak dibendung,” kata Menteri Iklim Pakistan, Sherry Rehman kelmarin dipetik CNN.
Rehman turut memberi amaran negara itu kini menghadapi prospek kekurangan makanan berikutan kemusnahan sehingga 70 peratus tanaman ruji seperti beras dan jagung selain memerlukan “makanan, khemah dan ubat-ubatan”.
Peningkatan air banjir kekal berisiko terutama di kawasan terjejas teruk di sepanjang Sungai Indus di wilayah Sindh, malah ramalan meteorologi menunjukkan hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang September.
Ketua Menteri Sindh, Murad Ali Shah dalam kenyataannya berkata, hujan monsun berpanjangan akan menyukarkan usaha untuk membersihkan air dengan anggaran antara tiga hingga enam bulan di beberapa kawasan terjejas teruk.
Katanya, tasik air tawar terbesar di negara ini, Manchar, melimpah sejak awal September, dengan air banjir melimpah menjejaskan beberapa ratus kampung dan lebih 100,000 orang.
“Kami sedang mempercepatkan usaha menyediakan ubat-ubatan dan keperluan perubatan ke 81 daerah dilanda banjir di negara ini. Bagaimanapun, ini masih merupakan anggaran awal kerana data baharu masih diterima dari lapangan,” kata ketua menteri itu.
Kerajaan Pakistan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyalahkan perubahan iklim global sebagai punca cuaca ekstrim yang memburuk keadaan sehingga menenggelamkan satu pertiga daripada Pakistan.
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China