Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Banjir Pakistan : Lebih 1000 nyawa terkorban

Angka kematian akibat banjir monsun di Pakistan sejak Jun lalu mencecah 1,033 orang, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Banjir Pakistan : Lebih 1000 nyawa terkorban

ISLAMABAD –  Angka kematian akibat banjir monsun di Pakistan sejak Jun lalu mencecah 1,033 orang, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad.

NDMA berkata, jumlah itu termasuk 119 mangsa yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu ketika hujan lebat secara berterusan menjejaskan beberapa kawasan di negara itu.

Menurut pegawai, banjir monsun tahun ini telah menjejaskan lebih 33 juta orang dengan nisbah satu daripada tujuh rakyat Pakistan. Ia memusnahkan atau merosakkan hampir sejuta rumah dengan teruk. 

Kerajaan wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah mengisytiharkan darurat hujan di beberapa daerah di wilayah itu sehingga 30 Ogos ini.

Advertisement

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending