Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: “Menyakitkan untuk dilihat dan tidak lawak langsung”- Harith Iskander bidas wanita hina Islam

Harith pemegang gelaran “Malaysia Godfather of Stand-Up Comedy” berkata, dia sudah 32 tahun melakukan ‘stand up comedy’ atau komedi berdiri secara profesional, malah, kerjaya berkenaan sudah sebati dengannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Harith Iskander
Foto: Harith Iskander
  • Pelawak terkenal, Harith Iskander bidas tindakan wanita hina Islam di kelab komedi dengan menyifatkannya ‘ia menyakitkan untuk dilihat dan persembahan tidak lawak langsung’.
  • Wanita itu dikatakan bukan seorang pelawak bahkan persembahan tersebut tidak menggambarkan ‘stand up comedy’ atau komedi berdiri.
  • Ia ‘open mic comedy night’  dimana peluang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk jadi pelawak menyebabkan wanita tersebut dibenarkan buat persembahan.
  • Kebanyakan pelawak di Malaysia tidak akan melakukan hal tersebut dan dalam masa yang saya mengingatkan semua pihak untuk tidak ‘pukul rata’ dengan tindakan wanita berkenaan.

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Harith Iskander membidas tindakan seorang wanita didakwa menghina Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi sekitar Taman Tun Dr. Ismail dengan menyifatkan ‘ia menyakitkan untuk dilihat dan persembahan tersebut tidak lawak langsung’.

Harith pemegang gelaran “Malaysia Godfather of Stand-Up Comedy” berkata, dia sudah 32 tahun melakukan ‘stand up comedy’ atau komedi berdiri secara profesional, malah, kerjaya berkenaan sudah sebati dengannya.

Katanya, persembahan dicipta dengan cara tersendiri serta tugasan tersebut memerlukan kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.

“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya.

Menurut Harith, wanita tersebut bukan seorang pelawak malah, apa yang dipersembahkan juga tidak menggambarkan komedi berdiri meskipun ia dibuat di pentas kelab komedi.

“Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.

“Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.

“Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan,” kata Harith susulan kontroversi video tular, wanita berusia pertengahan 20-an itu yang pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran menanggalkan pakaian hingga tinggal dalam keadaan separuh bogel semasa membuat persembahan.

Semalam, polis telah melakukan tangkapan terhadap wanita berkenaan dan suspek kini direman tiga hari bermula Ahad.

Mengulas lanjut berkenaan persoalan ramai mengenai kenapa kelab komedi berkenaan membenarkan wanita itu membuat persembahan.

Harith berkata, ia sebuah acara terbuka atau ‘open mic comedy night’  dimana peluang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk jadi pelawak.

“Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pelawak di Malaysia tidak akan melakukan hal tersebut dan dalam masa yang saya mengingatkan semua pihak untuk tidak ‘pukul rata’ dengan tindakan wanita berkenaan.

“Wanita ini perlu bantuan. Harap ‘ubat’ boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung,” kata Harith penuh sinis. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram Harith Iskander

 

Author