Terkini
Beri SKMM kuasa tutup akaun media sosial palsu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dikaji semula
Ia susulan SKMM tidak mempunyai kuasa bagi menutup akaun media sosial palsu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman atau menghina institusi.

- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan kaji semula Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memberikan kuasa lebih besar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
- Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, antara cadangan diterima pihaknya adalah menaikkan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233.
- “Memang KKD dalam usaha untuk mengkaji semula Seksyen 233 supaya pindaan boleh dibuat untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada SKMM,” katanya menerusi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
- Ketika ini SKMM tiada kuasa untuk menutup akaun media sosial palsu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman atau menghina institusi.
Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengkaji semula Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memberikan kuasa lebih besar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia susulan SKMM tidak mempunyai kuasa bagi menutup akaun media sosial palsu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman atau menghina institusi.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, antara cadangan diterima pihaknya adalah menaikkan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233.
“Memang KKD dalam usaha untuk mengkaji semula Seksyen 233 supaya pindaan boleh dibuat untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada SKMM,” katanya menerusi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanyakan adakah KKD berhasrat untuk meminda Akta 588 dan memastikan golongan muda tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya di dalam media sosial.
Nie Ching dalam masa sama menggesa semua pihak untuk terbabit dalam program kesedaran penggunaan media sosial.
“Kami perlukan penglibatan semua pihak, ibu bapa, guru-guru dan seluruh masyarakat untuk kita menyampaikan mesej dan mendidik golongan muda agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular