Connect with us

Terkini

Usah normalisasi babak lucah, perlu tegas tapis drama tayang babak ‘soft porn’

Ameerah Malaysia menggesa Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya bertegas dengan tapisan drama yang mengangkat atau menayangkan babak lucah, termasuk ‘soft porn’.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ameerah Malaysia menggesa Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya bertegas dengan tapisan drama yang mengangkat atau menayangkan babak lucah, termasuk ‘soft porn’.
  • Ketua Pengarah Ameerah, Mardhiyyah Johari berkata umum mengetahui pengaruh besar dunia seni kepada kelompok muda, justeru itu kandungan lucah mahupun separa lucah yang dinormalisasi dalam kelompok tersebut dilihat akan merosakkan generasi masa hadapan negara.
  • Beliau berkata semua penggiat seni mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat Malaysia, terutama penggiat seni beragama Islam yang sentiasa mempunyai kewajipan beragama.
  • “Jika mengejar ‘rating’ dijadikan alasan, Filem Mat Kilau yang berteraskan agama dan perjuangan kebangsaan meraih kutipan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM97 juta. 
  • “Betapa tidak sepadannya keuntungan sedikit jika hendak dibandingkan dengan kerosakan minda dan akhlak anak muda kesan kapitalis seni yang tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis lalu.
  • Mardhiyyah yang juga ADUN Pengkalan Kundor mengulas siaran drama tempatan ditayangkan di salah satu perkhidmatan penstriman video di mana ia menayangkan babak ‘soft porn’ lakonan pelakon muda.

KUALA LUMPUR — Ameerah Malaysia menggesa Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya bertegas dengan tapisan drama yang mengangkat atau menayangkan babak lucah, termasuk ‘soft porn’.

Ketua Pengarah Ameerah, Mardhiyyah Johari berkata umum mengetahui pengaruh besar dunia seni kepada kelompok muda, justeru itu kandungan lucah mahupun separa lucah yang dinormalisasi dalam kelompok tersebut dilihat akan merosakkan generasi masa hadapan negara.

Beliau berkata semua penggiat seni mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat Malaysia, terutama penggiat seni beragama Islam yang sentiasa mempunyai kewajipan beragama.

“Amat menghairankan, di saat drama Korea yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia telah menyiarkan banyak drama berkualiti mengenai kerjaya yang membuka mata masyarakat seperti dunia perubatan, guaman, polis dan perniagaan. 

“Cerita-cerita ini malah berjaya mencecah ‘box office’. Tetapi segelintir penggiat seni Malaysia masih di takuk yang sama, lebih terkebelakang apabila memilih babak lucah untuk diangkat berbanding drama yang berkualiti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis lalu.

Mardhiyyah yang juga ADUN Pengkalan Kundor mengulas siaran drama tempatan ditayangkan di salah satu perkhidmatan penstriman video di mana ia menayangkan babak ‘soft porn’ lakonan pelakon muda.

Katanya, berdasarkan jumlah pelanggan berbayar platform itu pada 2022 sahaja mencecah 12.2 juta, maka kandungan drama dihidangkan untuk tontonan pengguna amat membimbangkan.

“Jika mengejar ‘rating’ dijadikan alasan, Filem Mat Kilau yang berteraskan agama dan perjuangan kebangsaan meraih kutipan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM97 juta. 

“Betapa tidak sepadannya keuntungan sedikit jika hendak dibandingkan dengan kerosakan minda dan akhlak anak muda kesan kapitalis seni yang tidak bertanggungjawab.

“Ameerah Malaysia menggesa Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar bertegas dengan tapisan drama-drama seumpama ini. Cegah sebelum parah,” katanya.

Pada bulan ini, terdapat beberapa drama tempatan berdepan kecaman netizen susulan memaparkan babak didakwa tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan mempunyai unsur lucah atau ‘soft porn’ yang tidak sesuai ditonton kelompok remaja dan kanak-kanak.

Antara dua drama yang menerima kecaman netizen baru-baru ini adalah ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ melibatkan babak ‘softporn’ bawah meja  dan siri ‘W: Two Worlds’ membabitkan babak bercium di antara pelakon Islam menggunakan kain sebagai pelapik.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Suhan Pansha dilaporkan menggesa Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberi penjelasan berhubung penayangan babak berunsur lucah dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

Pansha berkata dia hairan bagaimana babak sedemikian boleh lepas tayangan di stesen televisyen sedangkan LPF meletakkan pegawai mereka di stesen televisyen untuk memantau dan menilai sebarang kandungan yang dipertontonkan kepada umum. 

Pansha dalam pada itu menentang tindakan menormalisasikan babak-babak berunsur lucah atau ‘double meaning’ dalam drama atau filem tempatan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook PAS Parlimen Indera Mahkota – P082

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending