Connect with us

Antarabangsa

Separuh bogel dan kencing di gereja, feminis Perancis ‘diselamatkan’ mahkamah hak asasi Eropah

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) baru-baru ini membatalkan keputusan mahkamah Perancis mendenda dan menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang feminis kerana melakukan tunjuk perasaan tanpa berbaju di sebuah gereja Roman Katolik.

Wartawan TMT

Published

on

Separuh bogel dan kencing di gereja, feminis Perancis 'diselamatkan' mahkamah hak asasi Eropah
Foto: Eloise Bouton melakukan tunjuk perasaan tanpa berbaju di sebuah gereja Roman Katolik.
  • Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) batalkan hukuman Mahkamah Perancis terhadap Eloise Bouton yang melakukan tunjuk perasaan di Gereja Madeleine, Paris pada Disember 2013.
  • Bouton yang juga seorang feminis membantah ajaran Katolik mengenai pengguguran kandungan.
  • Dia yang pada awalnya dihukum penjara dan denda €2,000 kepada gereja, kini terlepas hukuman dan bakal menerima €9,800 pula sebagai ganti rugi dari gereja.
  • Pengarah Pusat Undang-undang dan Keadilan Eropah, Grégor Puppinck mengkritik keputusan itu, mendakwa tiada kesamarataan antara layanan berkaitan isu provokasi terhadap agama Kristian dan Islam.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) baru-baru ini membatalkan keputusan mahkamah Perancis mendenda dan menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang feminis kerana melakukan tunjuk perasaan tanpa berbaju di sebuah gereja Roman Katolik.

Eloise Bouton mendedahkan payudara dengan contengan slogan di seluruh badannya menerjah masuk Gereja Madeleine yang terkenal di Paris pada Disember 2013, mengganggu sambutan Krismas ketika itu bagi membantah ajaran Katolik terhadap pengguguran dengan mensimulasikan pengguguran Jesus.

Dengan memakai mahkota duri untuk mengejek Jesus dan kerudung biru untuk mengejek Virgin Mary, Bouton membawa kepingan hati lembu melambangkan bayi yang digugurkan di dalam gereja itu. 

Dia kemudian melakukan pengguguran olok-olok sebelum membuang air kecil di hadapan jemaah gereja itu.

Di badannya tertulis frasa “wanita jalang ke-344” dalam bahasa Perancis, merujuk kepada surat terbuka 343 wanita di negara itu yang mengaku menggugurkan kandungan pada 1971.

Susulan itu, paderi gereja terbabit memfailkan aduan undang-undang terhadap Bouton yang kemudiannya didapati bersalah oleh mahkamah Perancis atas kesalahan kelakuan seksual itu. Dia dijatuhi hukuman penjara lebih sebulan dan diperintahkan membayar €2,000 (RM9,408) kepada gereja itu.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan pendapat 13 Oktober lalu, ECHR yang berpangkalan di Strasbourg mendakwa, jika Bouton dihukum sedemikian atas kelakuannya itu, maka Perancis dikira melanggar artikel Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia yang melindungi kebebasan bersuara.

Advertisement

“Mahkamah menyatakan sabitan pemohon adalah berdasarkan pencirian kesalahan pameran seksual (sexual exhibition)” itu yang disebut sebahagian kenyataan itu. 

“Menurut Kerajaan, ia bertujuan untuk tidak membenarkan idea dan pendapat kritisnya mengenai doktrin Gereja Katolik,” kata kenyataan itu lagi.

Susulan itu, ECHR mengarahkan Perancis membayar €9,800 (RM46,114) kepada Bouton sebagai ganti rugi moral, kos guaman dan perbelanjaan.

Pengarah Pusat Undang-undang dan Keadilan Eropah, Grégor Puppinck mengkritik keputusan mahkamah Eropah itu, mendakwa ECHR semakin mempertahankan serangan terhadap gereja Kristian di benua itu tetapi berbeza dalam cara mereka mengendalikan isu serangan terhadap Islam.

Sumber: Fox News

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending