Terkini
Bilangan lelaki Malaysia kini mendahului wanita?
Malaysia pada tahun 2022, merekodkan penduduk lelaki di Malaysia berjumlah 17 juta berbanding perempuan iaitu 15.7 juta.

- Rekod tahun 2022, menyaksikan penduduk lelaki di Malaysia berjumlah 17 juta berbanding perempuan iaitu 15.7 juta.
- Bagi tempoh 2021-2022, nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara masing-masing kekal pada 103 dan 227 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
- Nisbah jantina yang tinggi bagi lelaki di Malaysia disumbangkan oleh lelaki bukan warganegara.
- Secara keseluruhan dianggarkan 32.7 juta penduduk Malaysia pada 2022 berbanding 32.6 juta pada 2021 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus.
- Penurunan kadar pertumbuhan penduduk ini disebabkan oleh bilangan penduduk bukan warganegara yang lebih rendah iaitu daripada 2.6 juta (2021) kepada 2.4 juta (2022) iaitu selari dengan sekatan perjalanan antarabangsa oleh negara semasa penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
- Kesemua statistik ini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
KUALA LUMPUR: Malaysia pada tahun 2022, merekodkan penduduk lelaki di Malaysia berjumlah 17 juta berbanding perempuan iaitu 15.7 juta.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan Statistik Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022 yang menunjukkan nisbah jantina terkini adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan, lapor Astro Awani.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, bagi tempoh 2021-2022, nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara masing-masing kekal pada 103 dan 227 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Menurutnya, nisbah jantina yang tinggi bagi lelaki di Malaysia disumbangkan oleh lelaki bukan warganegara.
“Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta berbanding 32.6 juta pada 2021 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus.
“Penurunan kadar pertumbuhan penduduk ini disebabkan oleh bilangan penduduk bukan warganegara yang lebih rendah iaitu daripada 2.6 juta (2021) kepada 2.4 juta (2022).
“Ini adalah selari dengan sekatan perjalanan antarabangsa oleh negara semasa penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambah beliau, jumlah warganegara meningkat daripada 30 juta pada 2021 kepada 30.2 juta pada 2022 namun kadar pertumbuhan warganegara menurun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh yang sama.
Katanya lagi, berdasarkan definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah menjadi negara menua dengan peratusan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 7 peratus ke 7.3 peratus pada 2022.
Komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun menurun kepada 23.2 peratus berbanding 23.6 peratus pada tahun lepas manakala komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat daripada 69.4 peratus pada 2021 kepada 69.5 peratus pada tahun ini.
“Daripada 30.2 juta penduduk warganegara, komposisi Bumiputera meningkat 0.3 mata peratus kepada 69.9 peratus pada 2022 berbanding 69.6 peratus pada 2021.
“Bagaimanapun, komposisi penduduk Cina dan India masing-masing menurun kepada 22.8 peratus (2021: 23.0 peratus) dan 6.6 peratus (2021: 6.7 peratus). Manakala etnik lain-lain masing-masing kekal pada 0.7 peratus,” ujarnya.
Secara purata, Malaysia mempunyai kepadatan penduduk 99 orang per satu kilometer persegi, dengan buat pertama kalinya, jumlah penduduk Melaka kini mencecah 1 juta orang.
Dari segi kepadatan penduduk, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 8,045 orang per satu kilometer persegi, diikuti Putrajaya dengan 2,418 penduduk dan Pulau Pinang iaitu 1,656 penduduk.
Manakala, Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang per satu kilometer persegi, diikuti Pahang dengan 45 orang dan Sabah, 46 orang.
Sumber : Astro Awani
Terkini
JAINJ & PDRM buru kumpulan ajaran sesat Si Hulk
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
- Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ sudah menerima laporan berhubung penularan video berkenaan di TikTok sejak Isnin.
- Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021, memutuskan fahaman serta ajaran Si Hulk diasaskan Suhaini Bin Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.
- “Di dalam video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi ia adalah Si Hulk. Penyebaran video tular mengenai ajaran Si Hulk ini memberi gambaran ajaran sesat ini masih ada pengikut setia walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.” katanya.
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ sudah menerima laporan berhubung penularan video berkenaan di TikTok sejak Isnin.
Tegasnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021, memutuskan fahaman serta ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini Bin Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.
“Di dalam video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi ia adalah Si Hulk. Penyebaran video tular mengenai ajaran Si Hulk ini memberi gambaran ajaran sesat ini masih ada pengikut setia walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.
“Kerajaan negeri memberi amaran keras kepada pelaku di dalam video terbabit dan mana-mana pihak agar menghentikan penyebaran ajaran sesat ini. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Selasa.
Video tular berdurasi seminit 17 saat itu memaparkan empat lelaki mengaku menyokong ajaran Si Hulk dan menyebut beberapa ayat antaranya Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.
Dalam pada itu, Mohd Fared memberitahu, sekurang-kurangnya 21 ajaran sesat dikesan di Johor dan telah diletakkan dalam senarai fatwa dan warta berkaitan akidah di negeri ini.
Antaranya ajaran sesat yang disenaraikan ialah ajaran Ismail [email protected], fahaman Hizbut Tahrir, ajaran Azman Samat, ajaran Millah Abraham dan kumpulan Layar Bahtera.
“Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah diharamkan dan dilarang berpegang dengan fahaman dan ajaran sesat itu.
“Justeru, fahaman dan ajaran sesat hendaklah disekat dengan apa cara sekali pun daripada disebarkan di Johor dan mana-mana orang Islam yang terbabit dengan ajaran ini hendaklah bertaubat,” katanya.
Sumber: Astro Awani
-
Terkini1 day ago
Isu gereja: Wakil rakyat muslim tidak wajar dedah umat Islam kepada perkara yang dijauhi Rasullullah SAW
-
Terkini2 days ago
Indira Gandhi mohon batal undang-undang tukar agama sepihak 8 negeri
-
Antarabangsa21 hours ago
Polis India biarkan masjid dan orang Islam diserang pelampau Hindutva
-
Terkini2 days ago
Tun M perlu guna pengaruh bantu negara, bukan mainkan sentimen perkauman – Anthony Loke