Connect with us

Antarabangsa

Kadar kesuburan menurun, populasi China merosot menjelang 2025

Penduduk China diramalkan akan mula berkurangan menjelang 2025 disebabkan saiz keluarga kian mengecil dan umur penduduk semakin tua, lapor Utusan Malaysia hari ini. 

Wartawan TMT

Published

on

penduduk china semakin berkurangan menjelang 2025
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk China diramal mula berkurangan menjelang 2025 disebabkan saiz keluarga kian mengecil dan umur penduduk semakin tua.
  • Negara itu bergelut dengan krisis demografi meruncing, apabila berdepan tenaga kerja yang semakin tua, ekonomi perlahan serta pertumbuhan penduduk paling lemah dalam beberapa dekad.
  • Sejak 2016 China melonggarkan ‘dasar satu anak’ dan membenarkan pasangan mempunyai tiga anak namun kadar kelahiran tetap turun menjunam ke paras terendah. 
  • Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, ramalan menjangka penduduk memasuki pertumbuhan sifar atau pertumbuhan negatif dalam tempoh 2021 hingga 2025.
  • Pihak berkuasa di beberapa bahagian di China sudah memperkenalkan dasar mesra keluarga dalam usaha memerangi kadar kelahiran yang perlahan.

BEIJING: Penduduk China diramalkan akan mula berkurangan menjelang 2025 disebabkan saiz keluarga kian mengecil dan umur penduduk semakin tua, lapor Utusan Malaysia hari ini. 

Negara yang paling ramai penduduk di dunia itu kini bergelut dengan krisis demografi meruncing, apabila berdepan tenaga kerja yang semakin tua, ekonomi perlahan serta pertumbuhan penduduk paling lemah dalam beberapa dekad.

Walaupun China melonggarkan ‘dasar satu anak’ sejak 2016, dan membenarkan pasangan mempunyai tiga anak, kadar kelahiran tetap turun menjunam ke paras terendah.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan menjelaskan kadar pertumbuhan jumlah penduduk merosot dengan ketara dan akan memasuki tahap pertumbuhan negatif dalam tempoh ‘Rancangan Lima Tahun ke-14’ antara tempoh 2021 hingga 2025.

Januari lalu, suruhanjaya itu berkata, ramalan menjangka penduduk memasuki pertumbuhan sifar atau pertumbuhan negatif dalam tempoh lima tahun itu.

Dalam perkembangan sama, jumlah kadar kesuburan menurun di bawah 1.3 sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

China dijangka memasuki tahap penuaan teruk pada 2035, dengan lebih 30 peratus penduduk berusia lebih 60 tahun.

Bilangan ahli keluarga juga didapati akan semakin mengecil, ‘melemahkan’ fungsi pencen dan penjagaan kanak-kanak.

Oleh itu, suruhanjaya menyeru penambahbaikan sokongan membesarkan anak dan dasar mengenai perumahan, pendidikan dan cukai bagi membantu mengurangkan beban keluarga.

Pihak berkuasa di beberapa bahagian di China sudah memperkenalkan dasar mesra keluarga dalam usaha memerangi kadar kelahiran yang perlahan.

Kota timur Hangzhou mengumumkan keluarga dengan tiga anak akan dapat membuat pinjaman 20 peratus melebihi had maksimum apabila memohon pinjaman kumpulan wang simpanan perumahan buat kali pertama.

Bandar lain seperti Nanchang dan Changsha juga melancarkan dasar sokongan.

‘Dasar satu anak’ diperkenalkan oleh pemimpin tertinggi Deng Xiaoping pada 1980 bagi menyekat pertumbuhan penduduk dan menggalakkan pembangunan ekonomi dengan beberapa pengecualian dibuat untuk keluarga luar bandar dan etnik minoriti. 

Sumber : Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending