Connect with us

Terkini

Gesa pelancong baca al-Quran di Batu Caves disenaraihitam, MP DAP jangan ‘overreact’ – Firdaus Wong

Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan disifatkan gopoh kerana menggesa pelancong asing dirakam membaca ayat al-Quran di Kompleks Kuil Hindu Batu Caves, Selangor sehingga tular baru-baru ini, disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia. 

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kiri) & Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan (kanan).
  • Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan disifatkan gopoh kerana menggesa pelancong asing dirakam membaca ayat al-Quran di Kompleks Kuil Hindu Batu Caves, Selangor sehingga tular baru-baru ini, disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan Syahredzan sebagai tidak konsisten kerana beliau tidak melihat gesaan sama dilakukan Ahli Parlimen itu terhadap missionari Kristian dari luar negara yang melakukan gerakan pendiayahan di Malaysia sedangkan jelas ia melanggar undang-undang negara.
  • Firdaus Wong berkata beliau juga tidak melihat gesaan daripada Syahredzan dan ahli politik lain tentang kehadiran Sri Sri Ravishankar ke Malaysia pada Mac lalu, sedangkan tokoh besar Hindu itu pernah menulis kononnya Kaabah adalah kuil Siva di dalam bukunya iaitu ‘Hinduism and Islam, The Common Thread’.
  • “Saya kurang setuju dengan perbuatan pelancong itu membaca Quran di Batu Caves tetapi janganlah pula ‘overreact’ seolah-olah terlalu ‘apologetic’ pula. 
  • “Bila Muslim buat, cepat pula Muslim nak bersikap ‘apologetic’ dan mengesa tindakan keras terhadap Muslim yang melakukannya tetapi bila sebaliknya, lembut aja kenyataan dan adakalanya langsung tiada kenyataan dikeluarkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk “Senarai hitam pelancong baca al-Quran di Batu Caves’ – Syahredzan”.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan disifatkan gopoh kerana menggesa pelancong asing dirakam membaca ayat al-Quran di Kompleks Kuil Hindu Batu Caves, Selangor sehingga tular baru-baru ini, disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia. 

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan Syahredzan sebagai tidak konsisten kerana beliau tidak melihat gesaan sama dilakukan Ahli Parlimen itu terhadap missionari Kristian dari luar negara yang melakukan gerakan pendiayahan di Malaysia sedangkan jelas ia melanggar undang-undang negara.

Firdaus Wong berkata beliau juga tidak melihat gesaan daripada Syahredzan dan ahli politik lain tentang kehadiran Sri Sri Ravishankar ke Malaysia pada Mac lalu, sedangkan tokoh besar Hindu itu pernah menulis kononnya Kaabah adalah kuil Siva di dalam bukunya iaitu ‘Hinduism and Islam, The Common Thread’.

Katanya, Sri Sri Ravishankar sudah menarik balik kenyataan tersebut dan mengaku dakwaan itu adalah tidak berasas setelah dibongkar dan ditegur penceramah dari India, Dr Zakir Naik dalam satu dialog di negara terbabit.

“Mungkin Syahredzan ada membuat kenyataan yang sama dan saya terlepas pandang tetapi mengikut apa saya ketahui, saya belum menemui kenyataannya lagi.

“Saya kurang setuju dengan perbuatan pelancong itu membaca Quran di Batu Caves tetapi janganlah pula ‘overreact’ seolah-olah terlalu ‘apologetic’ pula. 

“Bila Muslim buat, cepat pula Muslim nak bersikap ‘apologetic’ dan mengesa tindakan keras terhadap Muslim yang melakukannya tetapi bila sebaliknya, lembut aja kenyataan dan adakalanya langsung tiada kenyataan dikeluarkan.

Two wrongs don’t make a right, sir…” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk “Senarai hitam pelancong baca al-Quran di Batu Caves’ – Syahredzan”.

Antara kandungan laporan artikel itu adalah Jabatan Imigresen digesa  Syahredzan untuk menyenaraihitamkan pelancong asing terbabit yang dipercayai pempengaruh berasal dari Maghribi susulan tindakannya menghina agama Islam.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan pempengaruh itu membaca ayat suci al-Quran di hadapan Patung Dewa Murugan di Batu Caves hingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Mengulas tindakan individu terbabit, Firdaus Wong berkata setiap ibadah bersandarkan Al-Quran dan Hadis mempunyai tatacara, bilangan dan tempatnya di mana kita tidak bersandar kepada hanya kerana perbuatan itu baik, maka ia boleh dilakukan tanpa mengambil kira tatacara dan tempat melakukannya.

“Apabila ada orang menegur seseorang yang membaca Quran di dalam tandas maka individu itu tidak suka orang itu membaca Quran atau sebenarnya dia menegur individu itu membaca Quran di tempat tidak sepatutnya?

“Takkan kerana individu itu membaca Quran di dalam tandas yang tidak kena pada tempatnya maka kita meminta pihak masjid untuk menyenaraihitamkan dia dari memasuki masjid?

“Begitu juga video tular beberapa hari lepas seorang pelancong membaca petikan Surah Al-Anbiya 21:-66-67; Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?”

“Apa dibacanya adalah benar dan diimani kita sebagai Muslim… Tiada masalah membaca Al-Quran tetapi bukannya membacanya di rumah ibadat agama lain,” katanya.

Firdaus Wong berpandangan tindakan individu itu tidak sampai ke tahap menghina kerana dia tidak mengulas atau memberikan komentar tentang agama lain, sebaliknya hanya membaca ayat Al-Quran.

Beliau bagaimanapun bersetuju bahawa tempat individu itu membaca petikan ayat suci Al-Quran tersebut kurang sesuai. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

800 pegawai kanan tentera Israel letak jawatan

Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan pada tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.
  • Jumlah mereka yang terlibat dikatakan satu jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ketenteraan Israel.
  • Menurut laporan, peletakan jawatan itu dipengaruhi situasi kompleks merangkumi keselamatan dalaman dan ketegangan politik selain tekanan meningkat ke atas tentera Israel dalam menangani medan pertempuran sukar melibatkan beberapa zon konflik.
  • Media memetik sumber tentera berkata peletakan jawatan itu satu cabaran besar bagi tentera rejim.
  • Ini adalah kerana kehilangan sejumlah besar pegawai berpangkat tinggi boleh menjejaskan kecekapan dan kesediaan menghadapi cabaran keselamatan masa depan.

Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan pada tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.

Jumlah mereka yang terlibat dikatakan satu jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ketenteraan Israel.

Menurut laporan, peletakan jawatan itu dipengaruhi situasi kompleks merangkumi keselamatan dalaman dan ketegangan politik selain tekanan meningkat ke atas tentera Israel dalam menangani medan pertempuran sukar melibatkan beberapa zon konflik.

Media memetik sumber tentera berkata peletakan jawatan itu satu cabaran besar bagi tentera rejim.

Ini adalah kerana kehilangan sejumlah besar pegawai berpangkat tinggi boleh menjejaskan kecekapan dan kesediaan menghadapi cabaran keselamatan masa depan.

Tentera Israel kini sedang berusaha menangani krisis itu dengan mengukuhkan program latihan dan sokongan psikologi untuk pegawai. 

Polisi dalaman pula sedang disemak untuk menambah baik keadaan perkhidmatan dan menarik minat lebih ramai calon. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending