Connect with us

Terkini

Serah pihak berkuasa siasat isu kontrak kepada syarikat suami Hannah Yeoh – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) & Suami Hannah Yeoh (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
  • Anwar berkata jika ada laporan dibuat, maka biar pihak berkuasa lakukan siasatan.
  • “Yang ini serah pada pihak berkuasa, jika mereka ada (terima) laporan, ia seharusnya disiasat dengan telus,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui pemberita di luar Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han pada minggu lalu dilaporkan menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd ialah satu daripada dua syarikat dipilih untuk projek perintis DRT.
  • Perkara itu dilaporkan menjadi perdebatan sesetengah pihak berikutan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Asia Mobility adalah suami Hannah iaitu Ramachandran Muniandy.
  • SPRM bagaimanapun semalam dilaporkan melihat pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Hannah.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata jika ada laporan dibuat, maka biar pihak berkuasa lakukan siasatan.

“Yang ini serah pada pihak berkuasa, jika mereka ada (terima) laporan, ia seharusnya disiasat dengan telus,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui pemberita di luar Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han pada minggu lalu dilaporkan menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd ialah satu daripada dua syarikat dipilih untuk projek perintis DRT.

DRT merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.

Perkara itu dilaporkan menjadi perdebatan sesetengah pihak berikutan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Asia Mobility adalah suami Hannah iaitu Ramachandran Muniandy.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun semalam dilaporkan melihat pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Hannah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang susulan pemberian kontrak terbabit kepada suami Hannah.

“Kita melihat dari segi undang-undang apabila seseorang itu mendapat kontrak atau manfaat daripada mana-mana entiti kerajaan, tetapi yang mendapat (kontrak) itu tiada kena mengena dengan tugas dan tanggungjawab (pihak yang dibangkitkan)… itu bukan kesalahan.

“Contohnya seperti yang dilaporkan media mengenai suami Hannah Yeoh yang mendapat kontrak daripada Selangor dan menteri itu tiada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya. 

Pada 2022 lalu, Anwar Ibrahim dilaporkan menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Beliau berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Katanya, sewaktu menerajui Kementerian Kewangan, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending