Polis Pakistan menahan lapan individu yang mempunyai kaitan dengan rempuhan yang meragut 12 nyawa ketika agihan makanan dan wang sempena Ramadan, kelmarin.
Kira kira 51 peratus rakyat Sweden bersetuju dengan larangan perbuatan membakar al-Quran serta kitab suci yang lain.
Seorang jurulatih angkat berat lelaki pecahkan rekod kategori wanita sukan itu sebagai tanda membantah peraturan pengenalan jantina tidak berasaskan biologi dalam sukan.
Pakar undang-undang Perlembagaan, Bivitri Susanti berpendapat sistem politik Indonesia setakat ini tidak mesra wanita termasuk di peringkat Presiden.
Presiden Ebrahim Raisi berkata pada Sabtu bahawa hijab adalah undang-undang di Iran.
Sebilangan besar rakyat Singapura percaya ujian bahasa Inggeris perlu menjadi sebahagian daripada proses permohonan kewarganegaraan negara itu, menurut tinjauan CNA.
Pelancong kini perlu membayar yuran untuk tinggal di Manchester, iaitu bandar pertama di United Kingdom yang melaksanakan cukai pelancong.
Mahkamah di sini, memerintahkan pendakwah terkenal, Metropolitan Pavlo daripada Gereja Ortodoks Ukraine (UOC), untuk menjalani tahanan dalam rumah selepas dibicarakan atas dakwaan mengagungkan pencerobohan tentera Russia...
Gara-gara menghalang rejim Zionis mengganggu seorang wanita yang mahu memasuki Masjid al-Aqsa, seorang remaja Palestin ditembak mati di perkarangan masjid, pada sabtu.
Taliban mengarahkan penutupan segera stesen radio yang dikendalikan wanita di Afghanistan berikutan memainkan muzik sepanjang bulan Ramadan.