Connect with us

Antarabangsa

Pendakwah terkenal gereja Ukraine dikenakan tahanan dalam rumah, didakwa cetus perpecahan agama

Mahkamah di sini, memerintahkan pendakwah terkenal, Metropolitan Pavlo daripada Gereja Ortodoks Ukraine (UOC), untuk menjalani tahanan dalam rumah selepas dibicarakan atas dakwaan mengagungkan pencerobohan tentera Russia dan mencetuskan perpecahan agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pendakwah terkenal gereja Ukraine dikenakan tahanan dalam rumah, didakwa cetus perpecahan agama
Foto: Metropolitan Pavlo.
  • Mahkamah memerintahkan pendakwah terkenal, Metropolitan Pavlo daripada Gereja Ortodoks Ukraine (UOC), menjalani tahanan dalam rumah selepas dibicarakan atas dakwaan mengagungkan pencerobohan tentera Russia dan mencetuskan perpecahan agama.
  • Kyiv mengambil tindakan keras terhadap UOC, iaitu gereja kedua terbesar di Ukraine didakwa pro-Russia serta bekerjasama dengan Moscow, namun pihak gereja itu menafikan tuduhan berkenaan.
  • Pavlo yang juga pegawai kanan UOC dan ‘abbot’ (rahib lelaki yang menjadi ketua di biara) Kyiv-Pechersk Lavra, menafikan dakwaan berkenaan disifatkan sebagai arahan politik.

KYIV: Mahkamah di sini, memerintahkan pendakwah terkenal, Metropolitan Pavlo daripada Gereja Ortodoks Ukraine (UOC), untuk menjalani tahanan dalam rumah selepas dibicarakan atas dakwaan mengagungkan pencerobohan tentera Russia dan mencetuskan perpecahan agama.

Kyiv mengambil tindakan keras ke atas UOC, iaitu gereja kedua terbesar di Ukraine, yang didakwa pro-Russia serta bekerjasama dengan Moscow, namun pihak gereja itu menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut UOC dalam satu kenyataan, mahkamah turut memerintahkan Pavlo untuk memakai gelang elektronik. Agensi berita Interfax Ukraine dan Ukrinform pula melaporkan Pavlo dikenakan tahanan dalam rumah selama 60 hari.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan mahkamah itu, Pavlo yang juga pegawai kanan UOC dan ‘abbot’ (rahib lelaki yang menjadi ketua di biara) Kyiv-Pechersk Lavra, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkannya sebagai arahan politik.

Menurut pihak pendakwa raya, perintah untuk Pavlo dikenakan tahanan dalam rumah serta memakai gelang elektronik, adalah langkah berjaga-jaga. Pendakwa Raya, Yevhen Zavistovskyi memaklumkan, kes terhadap Pavlo akan diteruskan.

Agensi berita Russia, TASS pula melaporkan mahkamah memerintahkan Pavlo tinggal di sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 40 kilometer tenggara Kyiv, selain melarangnya untuk menghadiri upacara keagamaan di gereja.

Bagaimanapun, Pavlo mendakwa rumah terbabit tidak sesuai untuk dihuni.

“Tiada sebarang kelengkapan untuk tidur, tanpa lampu dan keadaan sejuk. Dapur dan sudu pun tiada. Namun tidak mengapa, saya akan mengharungi semua ini,” katanya.

Sebelum ini, Pavlo mendiami kemudahan di Kyiv-Pechersk Lavra yang merupakan sebuah kompleks biara berusia 980 tahun. Kerajaan mengarahkan premis berkenaan dikosongkan tetapi pihak gereja enggan berbuat demikian, setakat ini.

Pavlo dihadapkan ke mahkamah selepas disoal siasat Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) yang membuat beberapa pertuduhan ke atasnya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *