Connect with us

Terkini

‘Kita tukar pentadbiran, bukan tukar iman’ – Nik Omar

Kerajaan Kelantan wajar ditukar susulan kegagalan menyediakan kemudahan asas termasuk menyelesaikan isu air, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Kita tukar pentadbiran, bukan tukar iman’ - Nik Omar
Foto: Nik Omar Nik Abdul Aziz.
  • Kerajaan Kelantan wajar ditukar susulan kegagalan menyediakan kemudahan asas termasuk menyelesaikan isu air, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.
  • Anak bekas Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat Kelantan berhak mendapat kemudahan asas dan perkara itu sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.
  • “Saya tegaskan di sini, kita tukar pentadbiran, bukan kita tukar iman. Kita pilih kerajaan berdasarkan yang lebih baik demi masa depan rakyat Kelantan.
  • “Lebih baik pemerintahan Kelantan selari dengan Kerajaan Pusat supaya lebih mudah peruntukan tambahan disalurkan kepada Kelantan,” katanya.
  • Mengulas lanjut ketika mengimbas pemerintahan bapanya, Nik Omar berkata, Allahyarham bapanya tidak pernah mengkafirkan sesama Islam hanya kerana perbezaan politik.

Pasir Puteh: Kerajaan Kelantan wajar ditukar susulan kegagalan menyediakan kemudahan asas termasuk menyelesaikan isu air, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Anak kepada bekas Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat Kelantan berhak mendapat kemudahan asas dan perkara itu sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.

Justeru, beliau berharap pengundi membuat keputusan yang bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini dengan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan.

“Saya tegaskan di sini, kita tukar pentadbiran, bukan kita tukar iman. Kita pilih kerajaan berdasarkan yang lebih baik demi masa depan rakyat Kelantan.

“Lebih baik pemerintahan Kelantan selari dengan Kerajaan Pusat supaya lebih mudah peruntukan tambahan disalurkan kepada Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional (BN)- Pakatan Harapan (PH) Pasir Puteh, di sini, malam ini (Rabu).

Mengulas lanjut ketika mengimbas pemerintahan bapanya, Nik Omar berkata, Allahyarham bapanya tidak pernah mengkafirkan sesama Islam hanya kerana perbezaan politik.

“Tidak pernah keluar dari mulut arwah ayah mengkafirkan sesama Islam. Kita terbabit dalam politik dan pilihan raya bukan nak pilih agama, PRN bukan untuk pilih iman dengan kufur, sebaliknya memilih pemimpin atau pasukan mana yang dirasakan lebih baik.

“Perbezaan ini tidak sampai ke tahap mengkafirkan sesama Islam. Jika ada di kalangan kita yang berbuat demikian, mereka akan dilaknat oleh Allah,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui dan mengulas perkembangan Nik Mohamad Abduh, bekas calon PH Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu meminta adiknya berpolitik secara matang.

“Orang politik mana boleh puasa lama-lama, kalau dia kata nak buka puasa tu, sesuailah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *