Connect with us

Terkini

Permohonan MAIWP jadi pencelah kes cabar enakmen negeri didengar 4 September

Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPSWP) untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak, akan didengar pada 4 September ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Permohonan MAIWP jadi pencelah kes cabar enakmen negeri didengar 4 September
Foto: Gambar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.
  • Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPSWP) untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak, akan didengar pada 4 September ini.
  • Kes saman pemula berkenaan difailkan guru tadika, M Indira Gandhi dan 13 lain yang menamakan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.
  • Selain Indira, plaintif lain antaranya ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) S Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team D Arumugam serta beberapa penduduk serta mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.
  • Mereka antara lain memohon perisytiharan amalan penukaran agama secara unilateral tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPSWP) untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak, akan didengar pada 4 September ini.

Kes saman pemula berkenaan difailkan guru tadika, M Indira Gandhi dan 13 lain yang menamakan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.

Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira hampir 14 tahun lalu kepada Islam oleh bekas suami mualafnya, adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili MAIWP ketika dihubungi selepas pengurusan kes saman pemula itu hari ini, berkata tarikh terbabit ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang akan didengar melalui prosiding Zoom.

Beliau berkata, semua pihak dikehendaki memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada atau sebelum 24 Julai ini.

Katanya, sementara itu permohonan plaintif supaya Pahang dikeluarkan daripada senarai defendan dalam kes saman berkenaan dibenarkan mahkamah tanpa sebarang kos dan ia tidak mendapat bantahan daripada defendan sendiri.

Pada prosiding hari ini, MAIWP turut diwakili peguam Danial Farhan Zainul Rijal manakala semua plaintif diwakili peguam Sachpreetaj Singh Sohanpal dan U Lusinthra Pillai.

Manakala Penasihat Undang-Undang Perlis, Mohd Radhi Abas hadir dan turut menyebut bagi pihak kerajaan negeri Kedah, Melaka, Pahang dan Perak.

Selain Indira, plaintif lain antaranya ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) S Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team D Arumugam serta beberapa penduduk serta mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.

Mereka antara lain memohon perisytiharan bahawa amalan penukaran agama secara unilateral adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut plaintif melalui alasan permohonan mereka, semua penukaran unilateral yang berlaku di negara ini dari tarikh keputusan kes Indira adalah terbatal kerana melanggar peruntukan berkenaan.

Mereka juga menegaskan, dengan keputusan kes Indira, sebarang penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara unilateral tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapanya adalah tidak berperlembagaan.

“Bagaimanapun beberapa kerajaan negeri masih mengamalkan penukaran agama Islam secara unilateral kepada kanak-kanak melalui enakmen negeri,” kata plaintif.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *