Terkini
Mahkamah sivil tolak permohonan lelaki mahu keluar Islam lepas cerai
Mahkamah sivil telah menafikan permohonan undang-undang seorang mualaf untuk meninggalkan Islam selepas perkahwinannya dengan seorang wanita Islam runtuh lapan tahun lalu.
- Mahkamah sivil telah menafikan permohonan undang-undang seorang mualaf untuk meninggalkan Islam selepas perkahwinannya dengan seorang wanita Islam runtuh lapan tahun lalu.
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam menafikan semakan kehakiman lelaki berusia 45 tahun itu, yang keluar agama Kristian dan memeluk Islam pada 26 Julai 2010 untuk mengahwini wanita berkenaan pada tahun yang sama.
- Perkahwinannya selama lima tahun dengan wanita itu berkecai dan berakhir dengan perceraian pada 17 Sept 2015 dan dia kemudiannya memohon Mahkamah Syariah untuk keluar Islam.
- Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan menafikan cubaannya untuk meninggalkan Islam dan mengarahkan dia menjalani lebih banyak kaunseling agama Islam.
- Lantaran itu, lelaki berkenaan memfailkan semakan kehakiman dengan mahkamah sivil pada Februari tahun lepas.
Mahkamah sivil telah menafikan permohonan undang-undang seorang mualaf untuk meninggalkan Islam selepas perkahwinannya dengan seorang wanita Islam runtuh lapan tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam menafikan semakan kehakiman lelaki berusia 45 tahun itu, yang keluar agama Kristian dan memeluk Islam pada 26 Julai 2010 untuk mengahwini wanita berkenaan pada tahun yang sama.
Bagaimanapun, perkahwinannya selama lima tahun dengan wanita itu berkecai dan berakhir dengan perceraian pada 17 Sept 2015 dan dia kemudiannya memohon Mahkamah Syariah untuk keluar Islam.
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan menafikan cubaannya untuk meninggalkan Islam dan mengarahkan dia menjalani lebih banyak kaunseling agama Islam.
Lantaran itu, lelaki berkenaan memfailkan semakan kehakiman dengan mahkamah sivil pada Februari tahun lepas.
Semasa prosiding dalam talian semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam isu murtad.
Hakim mahkamah sivil itu berkata ini kerana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan jelas menyempadankan perkara berkenaan sebagai fasal yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Wan Ahmad Farid berkata peruntukan undang-undang telah menyebut demikian walaupun terdapat khilaf dalam keputusan Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, hakim mahkamah sivil itu menyatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak memberi panduan kepada lelaki itu tentang apa yang mereka maksudkan dengan dia gagal memberikan keterangan yang mencukupi untuk membuktikan dia menganut keyakinan terhadap doktrin Tritunggal Kristian.
Wan Ahmad Farid berkata mahkamah syariah berkata bahawa keterangan lelaki itu tidak disokong oleh mana-mana saksi, tetapi ia tidak pergi lebih jauh daripada itu.
“Saya mempunyai keraguan mengenai hujah ini. Saya tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah apabila ia memutuskan mengenai keterangan yang tidak mencukupi, untuk memberi panduan (kepada lelaki itu) mengenai sifat keterangan yang mencukupi yang diperlukan oleh Mahkamah Syariah.
“Walaupun begitu, seperti yang dikatakan oleh Mahkamah Rayuan (dalam keputusan tahun ini mengenai cubaan seorang wanita untuk meninggalkan Islam), Mahkamah (Tinggi) ini tidak mempunyai kuasa ke atas Mahkamah Syariah mengenai murtad,” kata Wan Ahmad Farid sebelum menolak semakan kehakiman lelaki itu.
Peguam Fahri Azzat mewakili lelaki berkenaan.
Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi bertindak bagi empat responden dalam semakan kehakiman iaitu Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kerajaan persekutuan
Menurut laporan media pada tahun lalu, lelaki itu meminta pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang Muslim, atau secara alternatifnya dia tidak pernah menganut agama Islam.
Melalui afidavit sokongannya, dia menjadi Muslim pada Julai 2010 untuk mengahwini wanita itu, dan dia kemudiannya didaftarkan sebagai mualaf.
Bagaimanapun, dia mendakwa isterinya ketika itu tidak pernah menggalakkannya untuk mengamalkan Islam, sambil menambah dia tidak begitu yakin apabila dia mengucapkan Kalimah Shahadah.
“Saya telah memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan bekas isteri saya ketika itu, supaya kami boleh hidup bersama sebagai suami isteri,” katanya dalam afidavitnya.
Dia berkata masih percaya pada ajaran Kristian dan berminat pada Buddhisme.
Mengikut afidavit itu, dia sebelum ini pada 2016 memfailkan permohonan dengan Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam.
Mahkamah agama sebelum ini memerintahkan dia menghadiri 12 sesi kaunseling akidah pra perbicaraan – yang berlangsung antara Jun dan Ogos, 2019 – sebagai prasyarat sebelum ia memutuskan cubaannya keluar Islam.
Mahkamah Tinggi Syariah bagaimanapun menafikan permohonannya dan telah memerintahkan dia menjalani sesi kaunseling agama selanjutnya. Perkara ini dikekalkan lagi oleh Mahkamah Rayuan Syariah.
Sumber: Malaysiakini
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia