Terkini
MAINJ, MAIWP dibenar mencelah kes cabar enakmen negeri penukaran agama sepihak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjadi pencelah dalam tuntutan oleh seorang guru tadika, M. Indira Gandhi dan 13 yang lain terhadap kerajaan-kerajaan negeri.

- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjadi pencelah dalam tuntutan oleh seorang guru tadika, M. Indira Ghandi dan 13 yang lain terhadap kerajaan-kerajaan negeri.
- Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid membuat keputusan tersebut setelah pihak-pihak selesai membuat hujahan mereka pada 4 September lalu.
- “Selain itu, kedua-dua terlibat secara terus dalam prosiding tersebut bagi menjaga kepentingan umat Islam sebagai agama negeri di dalam jurisdiksi sebagaimana yang ditetapkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor yang menjadi punca kuasa kepada majlis-majlis agama Islam tersebut,” kata peguam mewakili MAINJ, Datuk Ikbal Salam dalam satu kenyataan.
- MAIWP, MAINJ dan Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan sebelum ini memohon untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak.
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjadi pencelah dalam tuntutan oleh seorang guru tadika, M. Indira Gandhi dan 13 yang lain terhadap kerajaan-kerajaan negeri.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid membuat keputusan tersebut setelah pihak-pihak selesai membuat hujahan mereka pada 4 September lalu.
Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili MAINJ, Datuk Ikbal Salam dalam satu kenyataan.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan untuk turut sama mencelah dalam prosiding tersebut.
Kata beliau, pihaknya dan MAIWP diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Aidil Khalid dalam penghujahan mereka sebelum ini antara lain menyatakan bahawa Fasal 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor dan Fasal 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan memberi kuasa statutori kepada mereka sebagai pencelah pihak berkuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan dan Johor.
“Selain itu, kedua-dua terlibat secara terus dalam prosiding tersebut bagi menjaga kepentingan umat Islam sebagai agama negeri di dalam jurisdiksi sebagaimana yang ditetapkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor yang menjadi punca kuasa kepada majlis-majlis agama Islam tersebut.
“Majlis-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Johor menghujahkan kepada mahkamah bahawa ujian bagi kebenaran untuk pencelahan berjaya dilepasi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Wilayah Persekutuan kerana mereka adalah pihak yang secara terus akan terkesan dengan apa-apa penghakiman dalam saman pemula tersebut,” katanya.
Sebelum ini MAIWP, MAINJ dan Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan memohon untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak.
Kes saman pemula berkenaan difailkan guru tadika, M. Indira Gandhi dan 13 lain yang menamakan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.
Selain Indira, plaintif lain antaranya ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) S Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team D Arumugam serta beberapa penduduk serta mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.
Mereka antara lain memohon perisytiharan bahawa amalan penukaran agama secara unilateral adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut plaintif, melalui alasan permohonan mereka, semua penukaran unilateral yang berlaku di negara ini dari tarikh keputusan kes Indira adalah terbatal kerana melanggar peruntukan berkenaan.
Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira hampir 14 tahun lalu kepada Islam oleh bekas suami mualafnya adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS