Connect with us

Terkini

Penukaran agama wanita kepada Islam secara sepihak ketika masih kanak-kanak batal dari awal – Peguam

Mahkamah Persekutuan pada Selasa diberitahu bahawa penukaran agama seorang wanita secara sepihak, yang dilakukan ketika beliau masih kanak-kanak atas desakan ibunya, adalah menyalahi undang-undang ketika ia dilakukan. 

Wartawan TMT

Published

on

Penukaran agama wanita kepada Islam secara sepihak ketika masih kanak-kanak batal dari awal – Peguam
Foto: Peguam, Malik Imtiaz Sarwar.
  • Mahkamah Persekutuan pada Selasa diberitahu bahawa penukaran agama seorang wanita secara sepihak, yang dilakukan ketika beliau masih kanak-kanak atas desakan ibunya, adalah menyalahi undang-undang ketika ia dilakukan. 
  • Peguam, Malik Imtiaz Sarwar berkata penukaran agama anak guamnya pada Mei 1991, dilarang oleh enakmen lazim yang menghalang pengislaman kanak-kanak. 
  • Malik berkata pindaan dan undang-undang kecil berikutnya diluluskan pada September tahun itu yang menetapkan penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dilaksanakan dengan keizinan kedua ibu bapa. 
  • “Tidak dipertikaikan bahawa keizinan bapanya tidak pernah diminta.
  • “Berdasarkan borang penukaran agama kerajaan negeri, jelas bahawa Jabatan Agama (Islam Selangor) sedar beliau mempunyai bapa pada masa itu,” katanya. 
  • Wanita yang lahir pada 1986 dan asalnya beragama Hindu itu, masih kanak-kanak ketika diislamkan ibunya. 
  • Penukaran agama itu dilakukan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika ibu bapanya dalam proses perceraian yang dimuktamadkan setahun kemudian. 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan pada Selasa diberitahu bahawa penukaran agama seorang wanita secara sepihak, yang dilakukan ketika beliau masih kanak-kanak atas desakan ibunya, adalah menyalahi undang-undang ketika ia dilakukan. 

Peguam, Malik Imtiaz Sarwar berkata penukaran agama anak guamnya pada Mei 1991, dilarang oleh enakmen lazim yang menghalang pengislaman kanak-kanak. 

Malik berkata pindaan dan undang-undang kecil berikutnya diluluskan pada September tahun itu yang menetapkan penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dilaksanakan dengan keizinan kedua ibu bapa. 

“Tidak dipertikaikan bahawa keizinan bapanya tidak pernah diminta.

“Berdasarkan borang penukaran agama kerajaan negeri, jelas bahawa Jabatan Agama (Islam Selangor) sedar beliau mempunyai bapa pada masa itu,” katanya dipetik FMT di Putrajaya pada Selasa. 

Wanita yang lahir pada 1986 dan asalnya beragama Hindu itu, masih kanak-kanak ketika diislamkan ibunya. 

Penukaran agama itu dilakukan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika ibu bapanya dalam proses perceraian yang dimuktamadkan setahun kemudian. 

Wanita itu berhujah, walaupun beliau penganut Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan beliau terus mengamalkan kepercayaan Hindu.

Malik berkata memandangkan penukaran agama wanita itu tidak patut berlaku, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Tegasnya, dalam kes sedemikian, status agama individu terbabit harus diputuskan oleh Mahkamah Sivil.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim akan diteruskan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

Hakim lain bersidang terdiri daripada Hakim Mary Lim dan Abu Bakar Jais.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla dan Majdah Muda mewakili Majlis Agama Islam Selangor (Mais), manakala penasihat undang-undang negeri, Salim Soib @ Hamid mewakili kerajaan Selangor.

Pada 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan pengisytiharan bahawa wanita itu bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, Mais berjaya mendapatkan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan statusnya sebagai orang Islam.

Dalam keputusan majoriti, Hakim Yaacob Sam dan Nazlan Ghazali memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes keluar agama.

Hakim Ravinthran Paramaguru memutuskan penghakiman bertentangan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending