Terkini
PPZ-MAIWP lancar ‘kempen 1 bulan 1 wakaf’
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan ‘Kempen 1 Bulan 1 Wakaf’, bagi mengumpul dana untuk tujuan pembangunan dan pembinaan semula lima buah surau dan madrasah terpilih, di Wilayah Persekutuan.

- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan ‘Kempen 1 Bulan 1 Wakaf’, bagi mengumpul dana untuk tujuan pembangunan dan pembinaan semula lima buah surau dan madrasah terpilih, di Wilayah Persekutuan.
- Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman berkata kos keseluruhan kesemua projek itu, dijangka menelan belanja hampir RM35.4 juta dan pihaknya masih memerlukan RM33.4 juta lagi untuk merealisasikan projek wakaf khas ini.
- “Rata-rata umat Islam salah anggap bahawa, wakaf hanya boleh dilakukan oleh orang yang ada harta dan tanah, tetapi sebaliknya orang yang tidak dikenakan zakat pun boleh menyumbang serendah RM10 sebulan.
- “Berbeza dengan sedekah, wakaf ini memberi manfaat yang berterusan kepada orang ramai, sedangkan sedekah biasa yang lain kebanyakannya hanya terhad manfaatnya kepada individu tertentu yang menerima sedekah sahaja,” katanya di sini semalam.
KUALA LUMPUR — Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan ‘Kempen 1 Bulan 1 Wakaf’, bagi mengumpul dana untuk tujuan pembangunan dan pembinaan semula lima buah surau dan madrasah terpilih, di Wilayah Persekutuan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman berkata kos keseluruhan kesemua projek itu, dijangka menelan belanja hampir RM35.4 juta dan pihaknya masih memerlukan RM33.4 juta lagi untuk merealisasikan projek wakaf khas ini.
“Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Dis 2023, di mana kita akan mengambil satu bulan, kita akan tumpukan pada satu projek pembangunan wakaf dan kita pilih lima surau serta madrasah, dan akan membuat penambahbaikan membesarkan ruang solat ataupun menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh surau serta madrasah berkenaan,” katanya di sini semalam.
Abdul Hakim berkata demikian selepas melancarkan kempen yang bertemakan ‘Ikhlas memberi, ganjaran abadi’ di salah sebuah madrasah terpilih iaitu Madrasatul Gouthiyyah, Brickfield, yang memerlukan kos sejumlah RM6 juta untuk penambahbaikan.
Selain itu surau dan madrasah lain yang terpilih ialah Madrasah Hidayatul Mustaqimah Taman Beringin, Jinan Utara (kos: RM913,500); Surau dan KAFA Al-Syakirin Keramat Wangsa (kos: RM22 juta); Surau Jumaat Al-Hijrah Presint 14, Putrajaya (kos: RM5.7 juta); dan Surau Muhammad Al-Fatih Kg Batu Muda Tambahan (kos: RM800,000).
“Rata-rata umat Islam salah anggap bahawa, wakaf hanya boleh dilakukan oleh orang yang ada harta dan tanah, tetapi sebaliknya orang yang tidak dikenakan zakat pun boleh menyumbang serendah RM10 sebulan.
“Berbeza dengan sedekah, wakaf ini memberi manfaat yang berterusan kepada orang ramai, sedangkan sedekah biasa yang lain kebanyakannya hanya terhad manfaatnya kepada individu tertentu yang menerima sedekah sahaja,” katanya.
Abdul Hakim berkata kempen ini juga bertujuan untuk memberi makluman kepada masyarakat Islam, perkhidmatan dan kemudahan saluran bayaran wakaf tunai, di samping memperkenalkan jenama PPZ-MAIWP sebagai institusi kutipan wakaf tunai di Wilayah Persekutuan.
Pembayar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti Haier 50” Android TV, bagasi, Samsung Galaxy Tab A8, Samsung Galaxy A24, jam tangan G-Shock serta hadiah bulanan seperti jam tangan Buruj dan e-Baucar RM50 Foodpanda.
“Kami amat mengharapkan sokongan orang ramai dalam menjayakan kempen ini, kerana ini merupakan tahun pertama untuk kami memperkasakan wakaf dalam kalangan masyarakat.
“Insya-Allah kami akan berusaha sebaiknya dengan menyediakan pelbagai saluran dan perkhidmatan dalam memudahkan urusan orang ramai, untuk berzakat dan berwakaf,” kata Abdul Hakim.
Sumbangan Wakaf boleh dibuat melalui secara tunai atau pindahan bank di kaunter PPZ-MAIWP, kaunter zakat dan wakaf bergerak; secara dalam talian di wakafppz.com.my; potongan gaji serta ejen lantikan PPZ-MAIWP seperti Tulus, RAIZ dan UMobile. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS