Antarabangsa
RUU Pindaan Wakaf 2024 cubaan rampas tanah orang Islam India
Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Wakaf 2024 dibentangkan di Parlimen India disifatkan Dr Zakir Naik sebagai “cubaan untuk merampas tanah orang Islam”, lapor 5Pillars UK.
- Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Wakaf 2024 dibentangkan di Parlimen India disifatkan Dr Zakir Naik sebagai “cubaan untuk merampas tanah orang Islam”, lapor 5Pillars UK.
- RUU itu dibentangkan pada Ogos oleh Menteri Hal Ehwal Kesatuan Minoriti India, Kiren Rijiju dan dikecam pembangkang sebagai “memecahbelahkan,” “anti-minoriti” dan “tidak berperlembagaan”.
- Secara ringkasnya, ia mengehadkan kuasa Lembaga Wakaf Islam (sebagai pemilik utama tanah) untuk menguruskan harta mereka dan bertujuan meningkatkan kawal selia kerajaan ke atasnya.
- Parti pembangkang India mendakwa pindaan itu bertujuan melucutkan masyarakat Islam daripada tanah, aset dan hak yang dijamin kepada mereka di bawah Perkara 26 Perlembagaan India iaitu termasuk kebebasan menguruskan hal ehwal agama.
- Selain itu, rang undang-undang itu menyatakan mana-mana harta kerajaan yang dikenal pasti atau diisytiharkan sebagai harta wakaf, sebelum atau selepas bermulanya penguatkuasaan akta, tidak akan dianggap sebagai harta Wakaf.
- Pegawai Daerah akan bertanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu harta itu adalah harta wakaf atau tanah kerajaan dan keputusan mereka adalah muktamad.
Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Wakaf 2024 dibentangkan di Parlimen India disifatkan Dr Zakir Naik sebagai “cubaan untuk merampas tanah orang Islam”, lapor 5Pillars UK.
RUU itu dibentangkan pada Ogos oleh Menteri Hal Ehwal Kesatuan Minoriti India, Kiren Rijiju dan dikecam pembangkang sebagai “memecahbelahkan,” “anti-minoriti” dan “tidak berperlembagaan”.
Secara ringkasnya, ia mengehadkan kuasa Lembaga Wakaf Islam (sebagai pemilik utama tanah) untuk menguruskan harta mereka dan bertujuan meningkatkan kawal selia kerajaan ke atasnya.
Parti pembangkang India mendakwa pindaan itu bertujuan melucutkan masyarakat Islam daripada tanah, aset dan hak yang dijamin kepada mereka di bawah Perkara 26 Perlembagaan India iaitu termasuk kebebasan menguruskan hal ehwal agama.
Sebagai tindak balas, kerajaan parti pemerintah Islamofobia Bharatiya Janata (BJP) mengekalkan pandangan permintaan pengawalseliaan harta Wakaf datang daripada masyarakat Islam sendiri dan bertujuan memerangi salah urus serta mewujudkan lebih ketelusan.
RUU itu berhasrat mengehadkan kuasa lembaga wakaf dalam pengurusan harta mereka dan meningkatkan campur tangan kerajaan.
Ia mencadangkan pendaftaran Pejabat Pegawai Daerah mesti diwajibkan untuk mana-mana harta Wakaf, membolehkan penilaian sewajarnya.
Selain itu, rang undang-undang itu menyatakan mana-mana harta kerajaan yang dikenal pasti atau diisytiharkan sebagai harta wakaf, sebelum atau selepas bermulanya penguatkuasaan akta, tidak akan dianggap sebagai harta Wakaf.
Pegawai Daerah akan bertanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu harta itu adalah harta wakaf atau tanah kerajaan dan keputusan mereka adalah muktamad. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina