Connect with us

Agama

Kutipan belum cukup, Menteri Agama seru umat Islam tunai zakat

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
  • Umat Islam berpendapatan lebih dan cukup syarat diseru membayar zakat ekoran jumlah kutipan belum mencukupi untuk menampung keperluan miskin bandar dan asnaf di Wilayah Persekutuan.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata 34,000 asnaf tidak dapat menikmati 38 skim bantuan ditawarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekiranya jumlah kutipan itu tidak mencukupi.
  • “Keperluan bulanan untuk 34,000 itu semua asnaf dapat (bantuan). Contohnya skim keusahawanan MAIWP perlu dibuat pemilihan teliti kerana zakat tak mencukupi untuk semua asnaf yang mahu menjadi usahawan,” katanya dipetik Free Malaysia Today semalam.
  • Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman sebelum ini dilaporkan berkata setakat ini RM1.02 bilion telah diagihkan untuk membantu kelompok memerlukan dan bilangan itu terus meningkat, sedangkan kutipan zakat baru mencecah RM909.99 juta.

KUALA LUMPUR — Umat Islam berpendapatan lebih dan cukup syarat diseru membayar zakat ekoran jumlah kutipan belum mencukupi untuk menampung keperluan miskin bandar dan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata 34,000 asnaf tidak dapat menikmati 38 skim bantuan ditawarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekiranya jumlah kutipan itu tidak mencukupi.

“Keperluan bulanan untuk 34,000 itu semua asnaf dapat (bantuan). Contohnya skim keusahawanan MAIWP perlu dibuat pemilihan teliti kerana zakat tak mencukupi untuk semua asnaf yang mahu menjadi usahawan,” katanya dipetik Free Malaysia Today semalam.

Kelmarin, BERNAMA melaporkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berdepan cabaran besar tahun ini apabila jumlah kutipan zakat belum mencukupi untuk menampung keperluan miskin bandar dan asnaf yang terdapat di Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata setakat ini RM1.02 bilion telah diagihkan untuk membantu kelompok memerlukan dan bilangan itu terus meningkat, sedangkan kutipan zakat baru mencecah RM909.99 juta.

“Maknanya dari segi agihan kini lebih tinggi daripada jumlah kutipan, tetapi MAIWP membantu 34,000 keluarga setiap bulan.

“Sebab itu duit zakat yang kami kutip ini masih belum cukup dan kami masih perlu menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam untuk tampil menunaikan kewajipan mereka,” katanya dipetik BERNAMA baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata zakat merupakan instrumen penting dalam sistem ekonomi Islam yang boleh membantu menangani isu kemiskinan bandar.

Beliau berkata bagi dana zakat di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan menerusi 38 skim merangkumi kebajikan, ekonomi, perubatan, dakwah dan pembangunan ummah serta perlindungan dan pendidikan.

“Agihan zakat melalui institusi zakat lebih adil, menyeluruh dan berfokus kepada keperluan asas seperti perumahan, kesihatan, pendidikan, dan pekerjaan sekali gus membantu golongan miskin keluar daripada kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Justeru, Mohd Na’im meminta mereka yang cukup syarat menunaikan rukun Islam keempat itu kerana ‘dalam rezeki kita ada hak asnaf atau mereka yang memerlukan’.

“Saya menyeru seluruh umat Islam, marilah kita bersama menyempurnakan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, kerana ia bukan sekadar membersihkan harta, tetapi juga melapangkan jiwa dan membuka pintu keberkatan yang lebih luas dalam kehidupan,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *