Connect with us

Agama

Malaysia pertama di dunia tawar bayar zakat guna mata wang kripto

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata ini antara inisiatif untuk membimbing umat Islam tentang tanggungjawab zakat dalam era teknologi ‘blockchain’ dan mata wang kripto.
  • Revolusi diasaskan PPZ-MAIWP itu juga antara inisiatif terbaharu untuk memudahkan pembayaran zakat secara lebih efisien memandangkan nilai aset digital dimiliki rakyat Malaysia dilaporkan mencecah RM16 bilion dan ia wajib dizakatkan.
  • “Antara yang berumur 18 hingga 34 tahun ni, seramai 54.2 peratus daripada keseluruhan pelabur terlibat dalam dunia kripto. Oleh sebab itu kita melihat ini adalah satu sumber zakat baru, sumber kekayaan baru terutama bagi golongan muda,” katanya dipetik Buletin TV3 di sini semalam.

KUALA LUMPUR — Malaysia menjadi negara pertama di dunia menawarkan bayaran zakat menggunakan aset digital.

Aset digital adalah merujuk kepada mata wang digital, mata wang kripto dan token digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata ini antara inisiatif untuk membimbing umat Islam tentang tanggungjawab zakat dalam era teknologi ‘blockchain’ dan mata wang kripto.

Revolusi diasaskan PPZ-MAIWP itu juga antara inisiatif terbaharu untuk memudahkan pembayaran zakat secara lebih efisien memandangkan nilai aset digital dimiliki rakyat Malaysia dilaporkan mencecah RM16 bilion dan ia wajib dizakatkan.

“Antara yang berumur 18 hingga 34 tahun ni, seramai 54.2 peratus daripada keseluruhan pelabur terlibat dalam dunia kripto. Oleh sebab itu kita melihat ini adalah satu sumber zakat baru, sumber kekayaan baru terutama bagi golongan muda,” katanya dipetik Buletin TV3 di sini semalam.

Abdul Hakim berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-134 lalu turut memutuskan mata wang digital adalah komoditi yang diniagakan dengan zakat perniagaan dikeluarkan pada kadar 2.5 peratus.

“Transformasi dalam pelaksanaan ibadah melalui medium digital menjadi bukti bahawa Islam terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa umatnya,” kata Abdul Hakim.

Untuk rekod, kutipan zakat aset digital meningkat 73 peratus dengan kutipan RM25,983.91 pada 2023, manakala tahun ini sekitar RM44,991.97.

Menurut laman web PPZ-MAIWP, aset digital menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah merujuk kepada mata wang digital, mata wang kripto dan token digital. Aset digital merupakan antara bentuk harta baharu yang diwujudkan menerusi perkembangan teknologi rantaian blok (blockchain).

Menurut perspektif syarak, sesuatu perkara boleh diiktiraf sebagai harta jika mempunyai nilai secara uruf; bermanfaat; boleh dijual beli; perlu diganti sekiranya dirosakkan; boleh digunakan pada bila-bila masa dan manusia cenderung memilikinya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *