Terkini
Permohonan MAIWP jadi pencelah kes cabar enakmen negeri didengar 4 September
Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPSWP) untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak, akan didengar pada 4 September ini.

- Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPSWP) untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak, akan didengar pada 4 September ini.
- Kes saman pemula berkenaan difailkan guru tadika, M Indira Gandhi dan 13 lain yang menamakan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.
- Selain Indira, plaintif lain antaranya ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) S Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team D Arumugam serta beberapa penduduk serta mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.
- Mereka antara lain memohon perisytiharan amalan penukaran agama secara unilateral tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPSWP) untuk menjadi pencelah dalam saman pemula bagi mencabar enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak, akan didengar pada 4 September ini.
Kes saman pemula berkenaan difailkan guru tadika, M Indira Gandhi dan 13 lain yang menamakan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.
Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira hampir 14 tahun lalu kepada Islam oleh bekas suami mualafnya, adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili MAIWP ketika dihubungi selepas pengurusan kes saman pemula itu hari ini, berkata tarikh terbabit ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang akan didengar melalui prosiding Zoom.
Beliau berkata, semua pihak dikehendaki memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada atau sebelum 24 Julai ini.
Katanya, sementara itu permohonan plaintif supaya Pahang dikeluarkan daripada senarai defendan dalam kes saman berkenaan dibenarkan mahkamah tanpa sebarang kos dan ia tidak mendapat bantahan daripada defendan sendiri.
Pada prosiding hari ini, MAIWP turut diwakili peguam Danial Farhan Zainul Rijal manakala semua plaintif diwakili peguam Sachpreetaj Singh Sohanpal dan U Lusinthra Pillai.
Manakala Penasihat Undang-Undang Perlis, Mohd Radhi Abas hadir dan turut menyebut bagi pihak kerajaan negeri Kedah, Melaka, Pahang dan Perak.
Selain Indira, plaintif lain antaranya ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) S Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team D Arumugam serta beberapa penduduk serta mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.
Mereka antara lain memohon perisytiharan bahawa amalan penukaran agama secara unilateral adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut plaintif melalui alasan permohonan mereka, semua penukaran unilateral yang berlaku di negara ini dari tarikh keputusan kes Indira adalah terbatal kerana melanggar peruntukan berkenaan.
Mereka juga menegaskan, dengan keputusan kes Indira, sebarang penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara unilateral tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapanya adalah tidak berperlembagaan.
“Bagaimanapun beberapa kerajaan negeri masih mengamalkan penukaran agama Islam secara unilateral kepada kanak-kanak melalui enakmen negeri,” kata plaintif.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS