Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu kawal produk berasaskan bahan kimia – PRN

Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah bagi mengelak isu keracunan metanol membabitkan 20 pelajar di Sabah, baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu kawal produk berasaskan bahan kimia – PRN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah bagi mengelak isu keracunan metanol membabitkan 20 pelajar di Sabah, baru-baru ini.
  • PRN menerusi kenyataan berkata, kawalan itu termasuk pendaftaran produk, perakuan isi kandungan serta label sebagai satu langkah melindungi rakyat daripada bahaya bahan kimia.
  • “PRN memandang serius insiden keracunan itu selepas mereka mengambil minuman berkarbonat yang dicampurkan dengan cecair yang dilabel sebagai ‘spirit’ tetapi sebenarnya mengandungi metanol.
  • Pada 6 Jun lalu, 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Pitas dikejarkan ke hospital akibat keracunan metanol, namun kesemua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun itu dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II. 

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah bagi mengelak isu keracunan metanol membabitkan 20 pelajar di Sabah, baru-baru ini.

PRN menerusi kenyataan berkata, kawalan itu termasuk pendaftaran produk, perakuan isi kandungan serta label sebagai satu langkah melindungi rakyat daripada bahaya bahan kimia.

Menurutnya, langkah itu sudah pun dilaksanakan di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

“PRN memandang serius insiden keracunan itu selepas mereka mengambil minuman berkarbonat yang dicampurkan dengan cecair yang dilabel sebagai ‘spirit’ tetapi sebenarnya mengandungi metanol.

“Spirit kebiasaannya merujuk kepada sejenis minuman keras yang mengandungi etil alkohol atau etanol, malah ia juga digunakan untuk merujuk kepada bahan pelarut yang mungkin mengandungi pelbagai bahan aktif berbeza.

“Dalam insiden itu, penggunaan terma ‘spirit’ tanpa label bahan yang jelas adalah sangat mengelirukan dan lebih malang lagi ia mengandungi bahan kimia yang sangat toksik iaitu metanol,” katanya.

Jelasnya, metanol boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius termasuk buta, kerosakan organ dalam badan, dan risiko kematian.

Advertisement

Justeru, katanya, pengenalpastian bahan adalah sangat penting dalam rawatan kes keracunan dan kesilapan dalam pelabelan seperti ini adalah sangat berbahaya dan menyulitkan proses rawatan kepada pesakit.

“Insiden ini seharusnya membuka mata semua pihak tentang kepentingan pelabelan yang tepat termasuk untuk produk bahan-bahan kimia yang digunakan di rumah.

“Pengilang perlu bertanggungjawab dalam melabelkan produk mereka dengan tepat dan jelas untuk memastikan keselamatan pengguna,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Pitas dikejarkan ke hospital akibat keracunan metanol, namun kesemua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun itu dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II. 

Sumber: Utusan

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending