Connect with us

Terkini

Mahkamah tolak permohonan MAIPs untuk bimbing tiga anak mualaf belajar Islam

Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjalankan tanggungjawab membimbing serta mendidik tiga kanak-kanak mualaf yang berada di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong untuk mempelajari Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah tolak permohonan MAIPs untuk bimbing tiga anak mualaf belajar Islam
Foto: Ibu kepada tiga anak mualaf, Loh Siew Hong.
  • Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjalankan tanggungjawab membimbing serta mendidik tiga kanak-kanak mualaf yang berada di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong untuk mempelajari Islam.
  • Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan itu tiada merit dan tidak dibuat atas kepentingan kanak-kanak berkenaan.
  • “Semua pihak perlu terima situasi ini, henti nafikan dan campur tangan terhadap kehidupan kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjalankan tanggungjawab membimbing serta mendidik tiga kanak-kanak mualaf yang berada di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong untuk mempelajari Islam.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan itu tiada merit dan tidak dibuat atas kepentingan kanak-kanak berkenaan.

“MAIPs gagal dalam permohonannya, tiada justifikasi wajar dan mengikut undang-undang.

“Berdasarkan pengalaman traumatik kanak-kanak itu, isu mengenai akses (MAIPs) tidak mengutamakan kepentingan kanak-kanak terbabit.

“Semua pihak perlu terima situasi ini, henti nafikan dan campur tangan terhadap kehidupan kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Siew Hong ketika ditemui pemberita berkata, dia tidak mahu ingat kes mahkamah dihadapinya, sebaliknya berhasrat memfokuskan pendidikan anak.

“Anak dengan saya dan kami nak hidup tenang. Itu yang saya minta,” katanya.

MAIPs memohon perintah variasi bagi menjalankan tanggungjawab terhadap kanak-kanak terbabit antaranya membawa mereka menunaikan solat Jumaat dan meraikan hari kebesaran Islam di masjid berhampiran rumah, memberi bantuan zakat serta membantu menampung kos sara hidup ketiga-tiganya daripada aspek pendidikan, keperluan dan kebajikan.

Pada 27 September lalu, peguam bela MAIPs, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, anak guam mempunyai tanggungjawab statutori di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 untuk memastikan kebajikan kanak-kanak terbabit dipelihara termasuk bantuan dibenarkan syarak yang boleh disalur melalui mana-mana penjaga sah mereka.

Beliau dilaporkan berkata, Loh dan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy juga tidak mampu memberikan anak mereka asas pendidikan agama Islam dengan baik.

Peguam bela Siew Hong, J Gunamalar pula dilaporkan berhujah permohonan MAIPs adalah penyalahgunaan proses mahkamah susulan tidak memohon untuk mengubah perintah hak penjagaan kanak-kanak terbabit.

Pada 7 Febuari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan MAIPs menjadi responden kedua dalam petisyen perceraian Siew Hong dan Muhammad Nagahswaran membabitkan hak penjagaan tiga anak mereka yang diperoleh wanita itu.

Siew Hong diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas sepasang kembar perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Sumber : Harian Metro

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending