Connect with us

Terkini

KKM harap RUU Kawalan Produk Merokok dibentang awal bulan ini

Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok, dibentangkan pada persidangan Parlimen awal Jun ini.

Wartawan TMT

Published

on

KKM harap RUU Kawalan Produk Merokok dibentang awal bulan ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok, dibentangkan pada persidangan Parlimen awal Jun ini.
  • Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, RUU berkenaan sangat penting bagi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.
  • “RUU berkenaan sebelum ini tidak sempat dibentangkan dalam sidang Parlimen sebelum ini kerana berlaku pembubaran kerajaan sebelum ini namun KKM akan memastikan komitmen untuk membawa RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen yang akan diadakan selepas cuti Hari Kaamatan dan Hari Gawai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Tembakau Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan.

MELAKA, 11 Zulkaedah 1444H, Rabu – Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok, dibentangkan pada persidangan Parlimen awal Jun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, RUU berkenaan sangat penting bagi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.

“RUU berkenaan sebelum ini tidak sempat dibentangkan dalam sidang Parlimen sebelum ini kerana berlaku pembubaran kerajaan sebelum ini namun KKM akan memastikan komitmen untuk membawa RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen yang akan diadakan selepas cuti Hari Kaamatan dan Hari Gawai.

“Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa juga telah membawa kertas RUU berkenaan ke Kabinet pada minggu lepas dan saya dimaklumkan Kabinet telah bersetuju untuk KKM membawa RUU berkenaan untuk bacaan kali pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Tembakau Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem dan Pengarah Kesihatan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, pelaksanaan RUU berkenaan perlu disegerakan kerana berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), pengguna rokok elektrik dalam kalangan remaja di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 14.9 peratus kepada 307,109 orang pada tahun lepas berbanding 9.8 peratus atau 211,084 orang pada 2017.

Beliau berkata, berdasarkan jumlah statistik pada tahun lepas, sebanyak 242,849 pengguna terdiri dalam kalangan remaja lelaki manakala 64,260 orang adalah remaja perempuan.

Advertisement

“Peningkatan jumlah pengguna rokok elektronik dalam kalangan remaja amat membimbangkan, justeru bagi mengatasi isu dan masalah penggunaan produk merokok terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kawalan undang-undang perlu diperkukuh melalui RUU berkenaan.

 “Ini kerana remaja dan kanak-kanak pada masa kini sangat terdedah dengan lambakan dan tarikan pelbagai jenis produk merokok dan menerusi RUU berkenaan ia diharap dapat mencegah generasi muda daripada memulakan tabiat merokok,” katanya.

Sumber: Ismaweb

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending