Terkini
Pusat Racun Negara terima satu per tiga kes melibatkan vape perisa mushroom
Ramai pengguna akan mengalami sensasi khayal atau pening kepala hingga menyebabkan mereka berperilakuan seperti zombie setelah mengambil cecair vape berperisa mushroom.
- Sensasi khayal hingga menyebabkan mereka berperilakuan seperti zombie akan terjadi apabila seseorang mengambil cecair vape berperisa mushroom.
- Mushroom merupakan sejenis dadah merbahaya yang membawa kesan teruk kepada diri penggunanya. – Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang.
- Trend penjualan cecair daripada bahan terlarang itu membimbangkan kerana perkara ini tidak dikawal dan juga tiada pemeriksaan dilakukan oleh pihak berwajib.
- “Maknanya kes-kes yang diterima oleh Pusat Racun Negara, satu per tiga melibatkan mushroom,” katanya.
BANGI – Ramai pengguna akan mengalami sensasi khayal atau pening kepala hingga menyebabkan mereka berperilakuan seperti zombie setelah mengambil cecair vape berperisa mushroom.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang berkata mushroom merupakan sejenis dadah merbahaya yang membawa kesan teruk kepada diri penggunanya.
Menurutnya, trend penjualan cecair daripada bahan terlarang itu membimbangkan kerana perkara ini tidak dikawal dan juga tiada pemeriksaan dilakukan oleh pihak berwajib.
“Maknanya kes-kes yang diterima oleh Pusat Racun Negara, satu per tiga melibatkan mushroom.
“Jadi perkara ini, sangat serius. Itu benda yang dikesan. Ada lagi yang tak dikesan. Kita tahu bahawa rakyat Malaysia ini kreatif. Very-very kreatif.
“Apa sahaja yang dia tak masukkan kat dalam tu. Ubat nyamuklah, ubat batuklah. Apa semua. Jadi kreativiti lain macam pula. So it is a very serious matter,” katanya ketika ditemu bual The Merdeka Times pada sesi Sidang Media Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG): Cabaran dan Implikasi Terhadap Pembangunan Malaysia Madani hari ini.
Menurutnya, negara kita sudah dikenal pasti cepat menular dalam permasalahan berkaitan dadah merbahaya ini dan ia akan menjadi lebih besar pada masa akan datang.
Amrahi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penjualan cecair vape perisa campuran dadah mushroom yang dijual secara bebas dan tanpa tapisan secara dalam talian.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952 dan satu RUU baharu untuk mengawal selia produk dan peranti rokok akan diperkenalkan pada sesi Parlimen akan datang.
RUU berkenaan mengandungi peruntukan yang memastikan kawalan menyeluruh ke atas nikotin dalam cecair dan gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape. – The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times