Terkini
Penganjur acara perlu wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh – Mufti Melaka
Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil meminta mana-mana penganjur yang mahu menganjurkan sebarang acara di negeri itu agar mewujudkan garis panduan tersendiri bagi mengelak perlakuan kurang senonoh daripada peserta ketika acara berlangsung.

- Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil meminta mana-mana penganjur yang mahu menganjurkan sebarang acara di negeri itu agar mewujudkan garis panduan tersendiri bagi mengelak perlakuan kurang senonoh daripada peserta ketika acara berlangsung.
- Beliau berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
- “Bagi pihak agensi agama khususnya di Melaka (ini), dengan kejadian tular yang berlaku pihak kami berasa terkilan kerana keadaan itu tidak menggambarkan etika dan akhlak dan memahami konsep seni dan budaya dalam kehidupan masyarakat Islam itu sendiri.
- “Jadi bagi pihak agensi agama khususnya di pihak kerajaan negeri juga, saya mengharapkan pihak penganjur supaya dapat berhati-hati memastikan setiap acara dan program yang dimasukkan dalam apa acara dalam mempromosikan Melaka sebagai negeri pelancongan, budaya dan sebagainya mestilah mempunyai satu garis panduan yang jelas,” katanya.
MELAKA – Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil meminta mana-mana penganjur yang mahu menganjurkan sebarang acara di negeri itu agar mewujudkan garis panduan tersendiri bagi mengelak perlakuan kurang senonoh daripada peserta ketika acara berlangsung.
Beliau berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
“Bagi pihak agensi agama khususnya di Melaka (ini), dengan kejadian tular yang berlaku pihak kami berasa terkilan kerana keadaan itu tidak menggambarkan etika dan akhlak dan memahami konsep seni dan budaya dalam kehidupan masyarakat Islam itu sendiri.
“Jadi bagi pihak agensi agama khususnya di pihak kerajaan negeri juga, saya mengharapkan pihak penganjur supaya dapat berhati-hati memastikan setiap acara dan program yang dimasukkan dalam apa acara dalam mempromosikan Melaka sebagai negeri pelancongan, budaya dan sebagainya mestilah mempunyai satu garis panduan yang jelas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Konvensyen Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini semalam.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Abdul Halim mengulas mengenai kontroversi aksi gelek mengghairahkan yang berlaku ketika penganjuran satu festival di Melaka, baru-baru ini.
Sementara itu, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata beliau menyokong segala program dilaksanakan mana-mana pihak dalam usaha menyemarakkan aktiviti pelancongan di negeri berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata ia bukan satu lesen untuk melanggar garis panduan dan etika yang telah ditetapkan dan sensitiviti rakyat negeri itu harus menjadi keutamaan.
“Pesanan saya buat penganjur agar lebih berhati-hati dalam memilih ‘vendors’ dan mengetatkan lagi aktiviti dan pemantauan berterusan harus dilakukan jika hendak membuat lagi program seperti ini di Melaka,” katanya.
Sumber: Ismaweb
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS