Connect with us

Terkini

Kurikulum KAFA dan sekolah kebangsaan perlu digabungjalinkan – Mantan Timbalan Menteri Agama

Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dicadang dimasukkan dalam sistem pendidikan arus perdana berikutan sudah 34 tahun ia dilaksanakan sebagai program tambahan Pendidikan Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Kurikulum KAFA dan sekolah kebangsaan perlu digabungjalinkan - Mantan Timbalan Menteri Agama
Foto: Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary.
  • Pendidikan KAFA dicadang dimasukkan dalam sistem pendidikan arus perdana berikutan sudah 34 tahun dilaksana sebagai program tambahan Pendidikan Islam.
  • Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, berkata telah tiba waktunya kerajaan menggabungjalinkan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan kurikulum KAFA serta masa belajar kedua-dua kurikulum berkenaan.
  • Melalui pembaharuan itu pelajar dapat menikmati pendidikan yang lebih berkesan dari guru yang terlatih dan bermotivasi tinggi.

KUALA LUMPURPendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dicadang dimasukkan dalam sistem pendidikan arus perdana berikutan sudah 34 tahun ia dilaksanakan sebagai program tambahan Pendidikan Islam.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, berkata telah tiba waktunya kerajaan menggabungjalinkan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan kurikulum KAFA serta masa belajar bagi kedua-dua kurikulum berkenaan.

Katanya, melalui pembaharuan itu pelajar dapat menikmati pendidikan yang lebih berkesan dari guru yang terlatih dan bermotivasi tinggi.

Mantan Timbalan Menteri Agama itu, turut mencadangkan pembelajaran berasaskan tema ‘thematic teaching’ dilaksanakan untuk Pendidikan Islam di peringkat rendah.

“Untuk Pendidikan Islam di peringkat rendah, saya mencadangkan pembelajaran berasaskan tema, ‘thematic teaching’. 

“Ia bermaksud gabung jalin beberapa disiplin ilmu dalam pengajian Islam di dalam satu tajuk atau tema pembelajaran yang membolehkan murid mendapat ilmu yang merentas bidang, memupuk sikap dan penghayatan dan mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya dalam ucapan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending