Connect with us

Terkini

Syiar Islam kukuh di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Selangor

Momokan sesetengah pihak bahawa kedudukan Islam tergugat jika negeri diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) jauh menyimpang dari realiti sebenar apabila kedudukan agama rasmi itu dilihat terus diperkukuh di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Wartawan TMT

Published

on

Syiar Islam kukuh di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Selangor
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Momokan sesetengah pihak kedudukan Islam tergugat jika negeri diperintah Pakatan Harapan (PH) jauh menyimpang dari realiti sebenar apabila kedudukan agama rasmi itu dilihat terus diperkukuh pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
  • Ketua Institut Maqasid Syariah Jabatan Kecemerlangan Penyelidikan Universiti Selangor (UNISEL) Hasri Harun berkata berdasarkan pemerhatiannya program berbentuk dakwah di negeri itu kian meningkat dari tahun ke tahun, malah peruntukan diberi kerajaan negeri kepada institusi dan agensi kerajaan berkaitan agama Islam juga bertambah.
  • Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata pelbagai program dilaksanakan kerajaan negeri dalam memperkasa institusi tahfiz membabitkan peruntukan tahunan berjumlah jutaan ringgit.
  • Kerajaan Negeri terus konsisten mendaulatkan kedudukan Islam dengan meletakkan teras agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah bagi Tawaran Kita Selangor sekiranya gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) dipilih untuk menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) — Momokan sesetengah pihak bahawa kedudukan Islam tergugat jika negeri diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) jauh menyimpang dari realiti sebenar apabila kedudukan agama rasmi itu dilihat terus diperkukuh di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Ketua Institut Maqasid Syariah Jabatan Kecemerlangan Penyelidikan Universiti Selangor (UNISEL) Hasri Harun berkata berdasarkan pemerhatiannya program berbentuk dakwah di negeri itu kian meningkat dari tahun ke tahun, malah peruntukan yang diberi kerajaan negeri kepada institusi dan agensi kerajaan berkaitan agama Islam juga bertambah.

“Mengambil contoh usaha pemutihan sekolah agama persendirian yang dilaksanakan kerajaan negeri, ia seharusnya disokong semua umat negeri ini yang bertujuan untuk mengangkat kualiti dan taraf institusi itu.

“Namun jika ada satu dua kes pusat tahfiz yang diambil tindakan, dikatakan pula sebagai usaha untuk melenyapkan agama Islam. Perkara sebegini harus dijelaskan kepada semua masyarakat awam secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama hari ini.  

Bagi Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata pelbagai program dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memperkasa institusi tahfiz membabitkan peruntukan tahunan berjumlah jutaan ringgit.

PITAS dianggotai 478 sekolah agama persendirian dengan jumlah pelajar melebihi 22,000 orang.

Beliau berkata sejak 2008 kerajaan negeri telah memberi peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta kepada institusi tahfiz bagi pembaikan infrastruktur bangunan, selain menyalurkan pelbagai bentuk biasiswa dan bantuan kewangan lain.

“Sejak 2018 juga, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan program fast track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar tahfiz belajar secara percuma pada hari hujung minggu di 12 pusat pengajian terpilih dengan peruntukan RM2 juta setahun,” katanya.

Malah beliau difahamkan kerajaan negeri juga membuat perancangan untuk memantapkan pendidikan tahfiz di Selangor yang kini telah mempunyai lima Maahad Tahfiz Integrasi Selangor yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Selangor, selain merancang untuk menubuhkan sembilan Maahad Tahfiz Integrasi di sembilan daerah negeri itu.

Pada masa sama, Muhamad Hafiz meminta kerajaan negeri agar mempertimbangkan dana sokongan bagi membantu pusat tahfiz swasta negeri itu dalam bentuk elaun tambahan kepada guru mereka memandangkan jumlah gaji yang diterima kebanyakannya adalah rendah dan dalam kategori asnaf.

Sejak 2018 hingga tahun lepas, kerajaan Selangor dilaporkan telah memperuntukkan RM1.4 bilion bagi mengukuh syiar Islam di negeri itu merangkumi kebajikan untuk kakitangan masjid berbentuk elaun serta sumbangan khas perayaan, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada 4,200 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta dana untuk keperluan institusi sekolah agama dan rumah ibadat.

Negeri itu juga meriah dengan penganjuran pelbagai program berbentuk kerohanian seperti Festival Turath Islami Selangor, Muzakarah Ulama-Umara dan Majlis Zikir Darul Ehsan yang melibatkan agamawan tempatan dan luar negara.

Terbaharu, penganjuran Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 29 Julai lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menarik lebih 5,000 hadirin dari pelbagai peringkat umur. 

Kerajaan Negeri juga terus konsisten dalam mendaulatkan kedudukan Islam dengan meletakkan teras agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah bagi Tawaran Kita Selangor sekiranya gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) dipilih untuk menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Di bawah teras berkenaan, gabungan PH dan BN menawarkan antaranya kenaikan elaun imam, bilal, siak, nazir secara berperingkat, memudah cara pendaftaran sekolah menengah agama Islam agar selamat dan kondusif untuk pelajar;

Memperkenal Biasiswa Al-Ghazali untuk pelajar tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat, subsidi kos tunai haji RM2,000 kepada RM3,000 jemaah muassasah kali pertama dan memperluas pengajian kitab turath ke setiap daerah.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending