Connect with us

Terkini

Bukan mudah untuk tambah baik status perjawatan guru KAFA – Menteri Agama

Bukan suatu proses yang mudah dan singkat bagi menambah baik status perjawatan kontrak guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ke jawatan tetap dan berpencen, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Bukan mudah untuk tambah baik status perjawatan guru KAFA - Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Mahu tambah baik status perjawatan kontrak guru KAFA bukan mudah kerana terdapat perkara-perkara perlu dikaji.
  • Kerajaan sentiasa berusaha untuk menjaga dan membela nasib 35,000 guru KAFA di seluruh negara – Menteri Agama
  • Antaranya, aspek kenaikan elaun, caruman KWSP dan caruman PERKESO  yang dinikmati oleh guru-guru KAFA.
  • Ini membuktikan komitmen kerajaan sehingga ke hari ini memberikan yang terbaik untuk guru KAFA. 
  • Bagaimanapun, ketika diberi pilihan sama ada kadar elaun dinaikkan atau perjawatan tetap dalam perkhidmatan guru KAFA, rata-rata guru yang ditemu bual mahukan perjawatan tetap.

KUALA LUMPUR – Bukan suatu proses yang mudah dan singkat bagi menambah baik status perjawatan kontrak guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ke jawatan tetap dan berpencen, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurut beliau, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan dikaji untuk kebolehlaksanaan kepada semua guru KAFA. 

“Kerajaan sentiasa menaruh harapan tinggi agar usaha untuk menaik taraf perkhidmatan Guru KAFA dapat direalisasikan dengan sokongan padu daripada semua pihak,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir berhubung kajian semula elaun guru KAFA dan langkah proaktif bagi membantu mereka mendapat perjawatan tetap serta berpencen.

Selain itu, Shahidan dan Mohd Misbahul juga mencadangkan kepada Mohd Na’im agar elaun guru KAFA dinaikkan dari RM1,100.00 ke RM1,500.00 bagi mencapai paras garis gaji minimum. 

Mohd Na’im berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk menjaga dan membela nasib 35,000 guru KAFA di seluruh negara. 

Antaranya, dari aspek kenaikan elaun, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dinikmati oleh guru-guru KAFA.

“Pada tahun 2016 elaun guru KAFA sebanyak RM800.00 sebulan dan pada 2017 kerajaan telah meluluskan tambahan elaun sebanyak RM100.00 menjadikan elaun guru KAFA berjumlah RM900.00 sebulan. 

“Tahun 2020, kerajaan telah meluluskan tambahan elaun sebanyak RM100.00 menjadikan elaun guru KAFA berjumlah RM1,000.00 sebulan, caruman KWSP berjumlah RM130.00 sebulan dan caruman PERKESO berjumlah RM16.65 sebulan.

“Pada 2023 kerajaan telah meluluskan tambahan elaun RM100.00 menjadikan elaun guru KAFA berjumlah RM1,100.00, caruman KWSP berjumlah RM143.00 sebulan dan caruman PERKESO berjumlah RM18.35 sebulan,” katanya.

Katanya, kronologi ini membuktikan komitmen kerajaan sehingga ke hari ini memberikan yang terbaik untuk guru KAFA. 

Pada 20 Februari lalu, The Merdeka Times melaporkan rintihan guru KAFA menerusi artikel guru KAFA terkilan gaji warga asing lebih tinggi, nasib tidak terbela.

Ketika diberi pilihan sama ada kadar elaun dinaikkan atau perjawatan tetap dalam perkhidmatan guru KAFA, rata-rata guru yang ditemu bual mahukan perjawatan tetap.

Menurut mereka perjawatan ini lebih menjamin hari tua berbanding upah bulanan yang diterima kerana elaun hanya boleh dapat pada masa itu sahaja.

Tambahan lagi, semua guru KAFA tertakluk di bawah terma dan syarat Contract For Service (CFS) dan bukannya Contract Of Service (COS). – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending