Connect with us

Terkini

Ajaran sesat Si Hulk aktif di Merlimau, remaja jadi pengikut

Ajaran sesat Si Hulk dikesan masih aktif di beberapa lokasi di Merlimau dengan melibatkan pengikut dalam kalangan remaja.

Wartawan TMT

Published

on

Ajaran sesat Si Hulk aktif di Merlimau, remaja jadi pengikut
Foto: Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.
  • Ajaran sesat Si Hulk dikesan masih aktif di beberapa lokasi di Merlimau dengan melibatkan pengikut dalam kalangan remaja.
  • Perkara itu didedahkan Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil yang memberitahu kini kumpulan tersebut sedang dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melibatkan semua platform termasuk media sosial.
  • Selain penguatkuasaan, individu terlibat dikesan menerusi laporan dibuat ahli keluarga yang bimbang dengan perbuatan menyeleweng daripada akidah.
  • “Pemantauan termasuklah di media sosial dan sebagainya atau laporan daripada ahli keluarga mereka sendiri yang melaporkan tentang penglibatan anak-anak atau suami,” katanya.

MELAKA – Ajaran sesat Si Hulk dikesan masih aktif di beberapa lokasi di Merlimau dengan melibatkan pengikut dalam kalangan remaja.

Perkara itu didedahkan Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil yang memberitahu kini kumpulan tersebut sedang dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melibatkan semua platform termasuk media sosial.

Ujarnya, selain daripada penguatkuasaan, individu terlibat dikesan menerusi laporan dibuat oleh ahli keluarga yang bimbang dengan perbuatan menyeleweng daripada akidah.

“Kita kesan ada beberapa lokasi di Merlimau dan dalam pemantauan melibatkan remaja dan dewasa.

“Pemantauan termasuklah di media sosial dan sebagainya atau laporan daripada ahli keluarga mereka sendiri yang melaporkan tentang penglibatan anak-anak atau suami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada program itu adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar pengikut ajaran tersebut mahupun latar belakang mereka.

“Saya tak boleh sebutlah berapa (jumlah) tetapi dah ada dalam pemantauan dan telah dikenal pasti kumpulannya.

“Kita sedang siasat dia punya rantaian tu, benda ini berantai dan masih aktif, iya lah benda ini bersifat underground dan memang mereka tidak akan menzahirkan kegiatan tersebut. Kita harus melihat dan menyelidik,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending