Connect with us

Terkini

Bas tambahan Aidilfitri bergantung permintaan syarikat bas

Jumlah sebenar bas tambahan sempena sambutan Aidilfitri pada kali ini tertakluk kepada permintaan saat akhir daripada pihak syarikat pengusaha bas ekspres.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bas tambahan Aidilfitri bergantung permintaan syarikat bas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jumlah sebenar bas tambahan sempena sambutan Aidilfitri pada kali ini tertakluk kepada permintaan saat akhir daripada pihak syarikat pengusaha bas ekspres.
  • Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Negeri Johor, Datuk Suchdav Jotisroop, “pihak kami sentiasa bersiap sedia untuk bekerjasama jika ada sebarang permintaan daripada mana-mana syarikat bas yang memerlukan bas tambahan bagi membawa orang ramai pulang meraikan Aidilfitri,” ketika dihubungi BH, semalam.
  • Permintaan begitu tinggi terutama yang mahu pulang ke pantai timur, utara dan selatan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari raya nanti.
  • “Begitu jugak dengan penjualan tiket tren yang hampir habis terutama yang mahu balik ke Utara,” kata ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin.

KUALA LUMPUR: Jumlah sebenar bas tambahan sempena sambutan Aidilfitri pada kali ini tertakluk kepada permintaan saat akhir daripada pihak syarikat pengusaha bas ekspres.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Negeri Johor, Datuk Suchdav Jotisroop, berkata perkara itu tidak dapat dipastikan kerana pengguna masih tidak dapat merancang cuti mereka untuk pulang ke destinasi masing-masing.

“Namun, pihak kami sentiasa bersiap sedia untuk bekerjasama jika ada sebarang permintaan daripada mana-mana syarikat bas yang memerlukan bas tambahan bagi membawa orang ramai pulang meraikan Aidilfitri.

“Penjualan tiket bas ketika ini di semua lokasi, terutama di semenanjung Malaysia semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Katanya, permintaan begitu tinggi terutama bagi mereka yang mahu pulang ke pantai timur, utara dan selatan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari raya nanti.

“Kalau ikutkan bas ekspres yang sedia ada ketika ini sememangnya tidak mencukupi bagi menampung jumlah pengguna yang mahu pulang ke kampung sempena Aidilfitri, tetapi ia masih terkawal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata pihaknya menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, tahun ini.

Beliau berkata, tambahan perkhidmatan ETS membabitkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya, serta laluan KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya pada 19 hingga 25 April.

“Tiket ETS tambahan mula dijual pada 24 Mac lalu dan tren tambahan berkenaan menawarkan 1,260 tiket sehari, menjadikan jumlah keseluruhan 13,860 tiket ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh berkenaan.

“Perkhidmatan tren ETS tambahan bagi kedua-dua laluan itu membabitkan 14 perkhidmatan dengan masing-masing menawarkan 4,410 tiket.

“Perkhidmatan tren tambahan sempena Hari Pekerja yang membabitkan 16 perkhidmatan akan bermula 28 April hingga 1 Mei dengan jumlah ditawarkan sebanyak 5,040 tiket,” katanya.

Mohd Rani berkata, pihaknya tiada rancangan untuk melakukan tambahan pada saat akhir kerana tidak mahu menimbulkan masalah dalam kalangan pengguna untuk mereka merancang perjalanan lebih awal.

“Penjualan tiket tren tambahan kini sudah hampir habis terutama ke arah utara, manakala yang pulang semula selepas hari raya masih berbaki satu atau dua tiket.

“Kemungkinan pengguna tren atau orang ramai sudah ada perancangan untuk pulang semula ke destinasi masing-masing dengan agak lewat,” katanya.

Katanya, tiket daripada semua lokasi untuk kembali ke kuala lumpur masih banyak dan sambutan sememangnya begitu memberangsangkan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *