Connect with us

Terkini

Rumah terbuka Selangor di KKB langgar peruntukan akta pilihan raya – BERSIH

Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kuala Kubu Bharu (KKB) Sabtu ini sejurus selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kuala Kubu Bharu (KKB) Sabtu ini sejurus selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
  • Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka berkenaan kerana majlis itu dianjurkan di kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan.
  • “Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya. 
  • “Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan),” kata Jawatankuasa Pemandu BERSIH menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Media melaporkan sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN KKB di Selangor pada 11 Mei, manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

KUALA LUMPUR — Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kuala Kubu Bharu (KKB) Sabtu ini sejurus selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka berkenaan kerana majlis itu dianjurkan di kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan.

“Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya. 

“Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan),” kata Jawatankuasa Pemandu BERSIH menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Jawatankuasa itu turut berkongsikan pautan link Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang memuat naik beberapa poster menguar-uarkan berkenaan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada Sabtu ini di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Media melaporkan sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN KKB di Selangor pada 11 Mei, manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Foto: Antara poster dimuat naik FB Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada Rabu

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata Kerajaan Negeri Selangor juga perlu sedar disebabkan penganjuran rumah terbuka itu menggunakan sumber kerajaan negeri, mereka perlu memastikan majlis tersebut tidak digunakan sebagai platform memperkenalkan calon komponen parti kerajaan dan seterusnya berkempen dengan memasang bendera dan kaedah kempen lain yang bertujuan memenangkan calon mereka.

“Penggunaan sumber kerajaan bukan sementara seperti Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan semasa tempoh pilihan raya kecil seperti di PRK KKB ini perlu mematuhi prinsip 3C yang digariskan BERSIH sebelum ini iaitu No Conditions (Tanpa Syarat), No Campaign (Tanpa Kempen) dan No Candidate (Tiada Calon),” katanya.

Parti-parti politik atau mana-mana calon ingin bertanding dalam pilihan raya itu yang bercadang menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat parti atau kapasiti masing-masing juga diingatkan supaya tidak berbuat demikian kerana aktiviti tersebut bercanggah dengan AKPR.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH menegaskan kepada semua pihak yang akan bertanding dalam PRK KKB, terutama Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan supaya mematuhi etika kempen pilihan raya agar ia dapat berjalan dengan bersih dan adil. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending