Terkini
Kebanyakan pemilik bas ekspres guna tayar botak, tiada pemandu kedua
Pengusaha bas ekspres dikatakan terus mementingkan diri apabila dikesan menggunakan ‘tayar botak’ yang mampu mengundang bahaya termasuk menyebabkan kemalangan.

- Pengusaha bas ekspres dikatakan terus mementingkan diri apabila dikesan menggunakan ‘tayar botak’ yang mampu mengundang bahaya termasuk menyebabkan kemalangan.
- Perkara itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi operasi selama empat jam di lima lokasi sekitar Lembah Klang, Ahad (13 Ogos).
- Ahmad Kamarunzaman, JPJ Selangor mengesan kebanyakan pemilik bas tidak menggunakan dua pemandu bagi perjalanan jarak jauh dengan alasan untuk menjimatkan kos bayar gaji pemandu.
- Jelas beliau, kesemua kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SHAH ALAM – Pengusaha bas ekspres dikatakan terus mementingkan diri apabila dikesan menggunakan ‘tayar botak’ yang mampu mengundang bahaya termasuk menyebabkan kemalangan.
Perkara itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi operasi selama empat jam di lima lokasi sekitar Lembah Klang, Ahad (13 Ogos).
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati 30 daripada 49 kesalahan dikesan melibatkan aspek teknikal seperti cermin retak dan tayar botak.
Katanya, operasi dijalankan sekitar Terminal Seksyen 17, Shah Alam; Terminal Jalan Reko, Kajang, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Plaza Tol Awan Besar, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak.
“Kita turut mengesan berlakunya sebanyak 16 kesalahan ketiadaan pemandu kedua dan tidak kemaskini buku log (3).
“Ini adalah hasil pemeriksaan terhadap 117 buah bas bagi memastikan pemandu yang membawa kenderaan perkhidmatan awam mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Ahmad Kamarunzaman, JPJ Selangor mengesan kebanyakan pemilik bas tidak menggunakan dua pemandu bagi perjalanan jarak jauh dengan alasan untuk menjimatkan kos bayar gaji pemandu.
Jelas beliau, kesemua kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Penguatkuasaan secara berterusan akan dijalankan dengan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu yang ingkar peraturan ditetapkan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak